suria

Dua bulan keluar masuk hospital, Ibnor Riza disahkan hidap kanser limfoma

Ibnor Riza didiagnos kanser limfoma.

SEJAK kebelakangan ini, tahap kesihatan penyanyi Ibnor Riza dilaporkan tidak begitu baik apabila hampir dua bulan sering keluar masuk hospital gara-gara pelbagai komplikasi penyakit.

Terbaharu penyanyi popular era-80 itu mendedahkan dia disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam usaha mematikan sel kanser.

Ia juga sekali gus menjelaskan punca lehernya mengalami bengkak sejak beberapa bulan lalu.

Ibnor, 62, berkongsi perkara itu menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh rakan artis, Datin Salwa Abd Rahman di Instagram miliknya.

ibnor2 - 1

Ibnor sebak memaklumkan tahap kesihatan yang terkini.

Dalam perasaan sebak, Ibnor memaklumkan bahawa dia tidak lagi dirawat di Hospital Port Dickson dan akan dipindahkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

“Ini merupakan hari terakhir saya berada di wad Hospital Port Dickson dan akan di akan dipindahkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Sebenarnya, saya kena kanser limfoma dan saya akan mula membuat kimoterapi. Saya mohon doa kawan-kawan semua, terima kasih. Assalamualaikum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza mohon doa, komplikasi penyakit boleh menyebabkan pengsan, jantung berhenti bila-bila masa

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza ditidurkan di ICU, tiba-tiba pengsan di rumah selepas beberapa hari keluar hospital

Sebelum ini, Ibnor memberitahu dia mengalami masalah bahagian saraf yang boleh menganggu saluran pernafasan dan mendatangkan bahaya kepada dirinya.

Kata Ibnor, keadaaan dirinya boleh jatuh pengsan dan jantung akan berhenti bila-bila masa disebabkan komplikasi penyakit yang dihidapinya.

“Saya kini masih lagi dalam pemantauan doktor. Saya menghadapi masalah saraf di leher yang terhimpit oleh ketulan menyebabkan saluran udara tidak sampai ke jantung dan otak.

ibnor1 - 1

Ibnor kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Masalahnya sekarang ini, saya boleh jatuh pengsan bila-bila masa dan jantung saya akan berhenti bila-bila masa disebabkan komplikasi penyakit yang saya hadapi ini,” ujarnya.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di rumahnya.

Sebelum itu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Dia mendapat tahu tentang keadaannya itu selepas melakukan pemeriksaan doktor akibat bengkak pada leher yang dialami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain