suria

Pelakon Aman Nassim rupanya sudah ada 4 lagu sendiri... pertaruh ‘Cuba’ siap guna model dari Korea!

Aman Nassim mencuba nasib sebagai penyanyi menerusi Cuba.

SIAPA sangka dalam diam pelakon Aman Nassim sebenarnya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian malah sudah menghasilkan empat buah single yang membuktikan dia serius sebagai artis rakaman.

Aman atau Abdul Rahman Nassim, 34, juga memberanikan diri menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu COF Music bagi memastikan perjalanan karier nyanyiannya sempurna.

Lebih membanggakan single yang dilancarkan dua tahun lalu iaitu Cinta Terakhir turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri sebagai penulis lirik.

Melihat sambutan baik terhadap karya yang dihasilkan, Aman muncul dengan single terbaharu bergenre pop Cuba yang dilancarkan pada 24 Februari lalu ciptaannya sendiri bersama Arif Peter, Kon, Jack Hafni dan Pown Hasril.

Aiman Nassim 2

Aman tampil dengan single terbaharu sejak 24 Februari lalu.

"Lagu ini sudah disiapkan sejak November tahun lalu lagi. Lagu ini 'easy listening' dan 'sweet song' yang sesuai untuk mereka yang sedang bercinta.

"Saya mahu mereka mendengar dan menghayati lirik disampaikan. Pendek kata, lagu ini sangat mudah dan 'straight forward'.

"Saya sengaha menghasilkan single yang simple tapi 'sweet' sebab nak orang selesa mendengar dan mudah faham lirik yang nak disampaikan dalam lagu ini," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki ke Turkiye dan Syria bantu mangsa gempa bumi, bawa amanah RM60,000 sumbangan rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman anggap Janna Nick sebagai sahabat, harap keajaiban bertemu jodoh lagi

Tambah Aman, dia tampil dengan lagu yang ringan berdasarkan kepada pemerhatian dalam pasaran muzik tempatan ketika ini.

Aman berkata, Cuba juga adalah sebuah karya yang mengetengahkan 'new vibes' dan 'new soul' yang tidak pernah ada dalam pasaran muzik di Malaysia.

"Apa boleh saya katakan, Cuba sebuah lagu baru dalam pasaran muzik tempatan. Selepas saya bagi dengar lagu itu kepada beberapa orang, mereka kata lagu ini sangat berbeza dan boleh dikatakan masih belum ada dalam pasaran Malaysia.

"Dalam masa sama, saya nak menyesuaikan lagu ini dengan vokal juga. Sebelum ini kebanyakan lagu saya adalah bergenre pop balada. Jadi, untuk

Untitled_4.13.1

Aman turut menggunakan model dari Korea Selatan dalam muzik videonya.

single Cuba ini saya mencuba sesuatu yang lain. Insya-Allah, saya yakin lagu ini akan berjaya dalam pasaran," katanya.

Menariknya juga, muzik video lagu Cuba dirakamkan di Korea serta turut menampilkan model dari sana.

"Kenapa Korea? Sebabnya, orang kita ramai yang meminati drama dan penyanyi Korea. Malah, kisah cinta penuh romantis Korea cukup membuatkan orang kita terbuai.

"Disebabkan itu, untuk MV lagu ini saya memilih lokasi penggambaran di Korea. Malah, saya juga menggunakan khidmat model wanita Korea. Saya nak peminat lebih 'feel' apabila mendengar lagu dan menonton MV ini.

"Kalau sebelum ini, MV lagu saya dibuat di Malaysia saja. Jadi, untuk single Cuba ini saya mahu memberikan kelainan dan sentuhan berbeza sedikit. Lagu 'sweet' dan MV pun romantik," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain