suria

Pertemuan di Jakarta buka peluang Nabila Huda bawa D’Masiv ke KL, konsert pertama sempena ulang tahun ke-20

Nabila (kanan) sendiri teruja untuk menampilkan D'Masiv buat pertama kali di Kuala Lumpur.

BERMULA satu pertemuan santai di Jakarta, Indonesia sekitar awal tahun lalu, pelakon Nabila Huda tidak menyangka dapat membawa kumpulan D'Masiv untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Kata Nabila, 39, kejayaan menganjurkan konsert Senandung Malam anjuran Neptunes Presents pada November tahun lalu menarik minat pihak pengurusan D'Masiv untuk bekerjasama mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

"Awal tahun ini, saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta. Secara kebetulan, kami diundang oleh teman rapat untuk bertemu dengan vokalis D’Masiv iaitu Rian Ekky Pradipta.

d'masiv 1

D'Masiv turut meraikan uang tahun dengan konsert jejalah di Indonesia.

"Tujuan asal pertemuan hanya untuk berkenalan dan tiada perancangan pun melamar D’Masiv mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

"Pihak pengurusan D'Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert Senandung Malam sebelum ini yang melibatkan kumpulan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca. Dari situ timbul idea untuk berkolaborasi dengan D'Masiv," katanya.

Lebih istimewa lagi konsert D'Masiv Road To The World yang dijadualkan berlangsung pada 2 Jun ini juga sempena meraikan ulang tahun ke-20 pembabitan kumpulan itu dalam dunia muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tak rasa ke maruah awak itu murah?” - Nabila Huda nasihat pelakon muda jangan masuk ‘jerat’ cinta lokasi

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun layari perkahwinan, Nabila Huda titip ucapan romantis buat suami - “Kesabaran dalam diri awak tak siapa boleh lawan”

Selain 20 lokasi di Indonesia, D'Masiv turut memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi bertemu peminat yang telah banyak memberi sokongan dalam perjalanan muzik mereka.

Acara yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur ini juga merupakan konsert pertama D'Masiv di Malaysia.

"2023 adalah ulang tahun D’Masiv ke-20, jadi kami (Neptunes Presents) ingin membawa D’Masiv bagi meraikan perjalanan muzik dan mendekati peminat di Malaysia.

Pihak pengurusan D'Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert Senandung Malam sebelum ini

NABILA HUDA

PELAKON

"Ini adalah kemunculan pertama D’Masiv di Kuala Lumpur. Jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan diperdengarkan," ujarnya.

D'Masiv yang popular dengan lagi Cinta Ini Membunuhku telah menghasilkan tujuh buah album sejak awal pembabitan sekitar tahun 2008.

Kumpulan ini dianggotai oleh Rian selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar) Rayyi Iskandar Dinata (bes) dan Wahyu Piadji (dram).

nabila huda 2

Nabila mula merancang penganjuran projek siri Senandung Malam.

Sementara itu sambutan baik projek Senandung Malam sebelum itu juga membuatkan Nabila mula merancang untuk mengadakan beberapa siri acara sama yang melibatkan artis Malaysia dan Indonesia.

"Konsep Senandung Malam lebih santai dan bertujuan menghiburkan peminat di Malaysia.

"Pemilihan artis juga berdasarkan permintaan peminat yang bukan sahaja dari kalangan kumpulan popular, malah kami teruja membawa penyanyi indie untuk peminat. Saya percaya penyanyi indie memiliki kelompok peminat yang tersendiri," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain