suria

Isteri minta tanya Remy Ishak sendiri dakwaan sedang hamil

Ezza dan Remy masih lagi kunci mulut tentang dakwaan kehamilan.

SEJAK beberapa hari lalu media sosial kecoh apabila isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof dikatakan sedang berbadan dua.

Ezza atau Roszaliza Yusof, 40, bagaimanapun enggan mengesahkan dakwaan tersebut sebaliknya meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Remy.

"Tanya suami saya. Doakan yang baik-baik," katanya ringkas kepada mStar.

Pasangan ini berkahwin pada 2021.

Ezza menjawab perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by the Melvins yang diadakan pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Video OOTD nampak ‘baby bump’, peminat syak isteri Remy Ishak sudah hamil... “Remy junior is coming”

ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar ditemu bual media, masalah kesihatan mental Remy Ishak belum pulih

Sebelum ini, netizen mendakwa isteri kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sedang berbadan dua apabila terlihat seakan baby bump pada bahagian perutnya.

Remy sebelum ini pernah menafikan Ezza sedang hamil dan mengharapkan doa daripada peminat untuk mereka berdua.

Untuk rekod, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain