ISTERI kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman mengumumkan khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak pertama dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan. Berkongsi perjalanan awal kehamilan, Nazira, 24, memberitahu dia mengalami morning sickness atau alahan yang teruk sehingga berat badannya turun sebanyak 10 kilogram. “Sepanjang lima bulan awal ini saya alami morning sickness yang sangat teruk. Sehingga tak boleh nak keluar rumah dan terpaksa menolak jemputan banyak acara. Nazira alami alahan teruk di awal kehamilan. “Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, semuanya biasa sahaja.... cuma disebabkan morning sickness itu berat badan saya turun 10 kg dari 55 kg. “Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa. Doktor juga beritahu tiada apa yang serius,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Terdahulu, Nazira memuat naik foto bersama Yonnyboii dan memaklumkan berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii rasa macam baharu semalam berkahwin, sifatkan isteri sebagai sinar dan harapan dalam hidup ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii dedah pernah DM Alyph tapi tak dilayan, impian berkolaborasi akhirnya tercapai Bakal bergelar ibu dan bapa dalam jangka masa empat bulan lagi, Nazira berkata dia dan Yonnyboii teruja dan dalam masa sama gementar menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka itu. “Memanglah kami gementar sebab anak pertama. Kami pun tak tahu apa yang akan berlaku nanti. “Tapi of course sangat teruja nak menyambut anak kami nanti,” jelasnya. Memanglah kami gementar sebab anak pertama. Kami pun tak tahu apa yang akan berlaku nanti NIK NAZIRA ISTERI YONNYBOII Bercakap tentang persiapan hari kelahiran, Nazira berkata dia banyak menerima nasihat daripada adik-beradik lain yang sudah memiliki anak. Pasangan ini juga tidak banyak membuat persiapan dari segi kelengkapan bayi memandangkan ahli keluarga sedia membantu untuk mereka. “Barang-barang untuk baby hampir lengkap. Rasanya semua dah ada sebab keluarga bantu belikan untuk kami. Ada juga barang-barang lama yang tidak dipakai lagi. Jadi tak perlu membazir. Yonnyboii dan isteri sudah menyiapkan kelengkapan untuk menyambut kelahiran cahata mata. “Adik-beradik saya yang lain semuanya sudah memiliki anak sendiri. Mereka banyak memberi nasihat jadi kami dengar sahaja dan lebih mengutamakan keselamatan diri serta anak dalam kandungan,” ujarnya. Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!