PENYAMPAI radio Fazziq Muqris menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya panggilan wanita misteri yang diterima semasa dia mengendalikan segmen Carta 40 Era pada malam Jumaat lalu merupakan lakonan dan gimik semata-mata. Mengulas mengenai dakwaan netizen itu, Fazziq atau Muhammad Fazziq Muqris, 23, berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapat publisiti murahan dengan melakukan teknik pemasaran sedemikian. "Kalau bercakap pasal kerja, saya ada cara sendiri untuk buat marketing. Saya akan kerja keras, buat live naikkan followers. Saya sayang semua followers saya. Fazziq terkejut menerima panggilan misteri. "Saya langsung tak pernah terniat nak rancang suruh kawan telefon dan arahkan mereka untuk buat macam-macam. "Kalau ada yang rasa perkara ini adalah marketing, korang memang silap. Tapi kalau pemanggil tu yang memang nak prank, korang memang jahatlah," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG naik mendadak tapi Mierul Aiman sedih ‘Projek High Council’ bocor... "Cara support tu salah" ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli Berkongsi momen menyeramkan itu, Fazziq memberitahu setiap minggu dia akan membuat siaran langsung di aplikasi TikTok dan membuka topik perbincangan bersama pendengar. Namun pada malam itu dia menerima sebuah panggilan menggunakan nombor privasi menyatakan hasrat ingin meluahkan perasaan terbuku lama. "Saya buka ruang topik perbincangan pengalaman di sekolah. Tapi tiba-tiba ada satu nombor privasi ni masuk line. Saya langsung tak pernah terniat nak rancang suruh kawan telefon dan arahkan mereka untuk buat macam-macam. FAZZIQ MUQRIS PENYAMPAI RADIO "Kami pun borak macam biasa. Kemudian, content producer saya cakap okay rakamlah sebab dia nak luahkan perasaan ni. "Daripada cerita seronok sampailah saya rasa lain bila dia minta tolong hantarkan beg kepada ibunya," ujarnya. Fazziq bagaimanapun mula berasa tidak sedap hati apabila pemanggil tersebut meminta dia untuk menghantar beg tersebut kepada ibunya. Panggilan bertukar seram apabila wanita itu akhirnya menggilai dan memutuskan panggilan. "Saya pun terus rasa pelik sebab kenapa tiba-tiba saya tak kenal dia pun tapi dia nak suruh saya hantar. Fazziq turut membintangi drama Projek: High Council. "Memang benda ni kami tak rancang langsung. Masa dia nangis saya dah mula meremang. Saya tanya dia dekat mana. "Bila dia cakap saya dekat luar, kereta dah terbakar. Lepas tu waktu dia menggilai tu kami satu konti terdiam dan terus putuskan panggilan," katanya. Situasi seram itu turut ditonton oleh peminat yang menyaksikannya secara langsung di aplikasi TikTok miliknya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!