suria

[V] Syifa Melvin kongsi kehidupan di Thailand, seronok jadi suri rumah layan suami

Syifa bahagia bersama Safawi di Thailand.

SEMENJAK bergelar isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rashid, pelakon Syifa Melvin memberitahu kehidupannya semakin bahagia apatah lagi kini berhijrah ke Ratcahburi, Thailand.

Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, berkata, ketika ini dia memberi fokus sepenuhnya kepada rumah tangga bagi menjaga keperluan suami yang kini mengikat kontrak bersama Ratchaburi FC di negara berkenaan.

"Banyak perubahan selepas berkahwin, tanggungjawab pun bertambah... berat badan pun naik sebab bahagia kot.

"Kehidupan saya dan suami okay sebab kami sentiasa berdua sahaja. Memang seratus peratus saya beri perhatian kepadanya," katanya kepada mStar.

319552592_709631013708193_1566742100252745870_n

Syifa bahagia di sisi Safawi.

Syifa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by The Melvins di Klang, Selangor yang berlangsung pada malam Khamis.

Ditanya mengenai soal zuriat, Syifa enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin selamat bergelar isteri Safawi Rasid dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rasid kata ‘stay tuned’

"Siapa kahwin tak mahu ada anak, kan. Insya Allah ada rezeki ada, doakan yang baik-baik," ujarnya.

Berkongsi kehidupan sebagai anak perantau di Thailand, Syifa memberitahu agak sukar mencari makanan halal membuatkan dia terpaksa memasak setiap hari.

Malah dia juga berjinak-jinak untuk untuk belajar Bahasa Thailand memandangkan kawasan tempat tinggalnya tidak ramai yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

318525616_502640858321725_7145928087436862572_n

Syifa kini jadi suri rumah sepenuh masa.

"Di sana saya memang betul-betul suri rumah sepenuh masa sebab tempat kami duduk susah nak cari makanan halal.

"Jadi memang hari-hari saya masak tapi saya okay sahaja memandangkan saya memang suka masak," katanya lagi.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Sebaik sahaja bernikah, pasangan berkenaan terbang ke Ratcahburi kerana Safawi kini bermain untuk kelab Liga bola sepak Thailand iaitu Ratchaburi FC.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain