suria

Dah lama pasang niat, MK K-Clique rancang bawa keluarga ke Tanah Suci selepas Aidilfitri

MK tidak mahu niat ibadah ke Tanah Suci dianggap sebagai menunjuk-nunjuk.

PENYANYI rap MK dari kumpulan K-Clique merancang untuk membawa ahli keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kata MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dia juga amat teruja untuk ke sana kerana telah lama memasang niat dan bakal menjadi pengalaman pertama yang tidak mungkin dilupakan.

"Saya tak nak kongsi sebenarnya sebab tak mahu orang bercakap. Perkara belum jadi. Saya pun tak tahu niat ini mungkin akan bertukar.

MK 1

MK mahu gembirakan kedua ibu bapa dengan membawa mereka mengerjakan umrah.

"Niat saya untuk beribadah, jadi tak mahu kalau perkara ini dihebohkan orang salah tafsir.

"InsyaAllah lepas raya akan bawa semua ahli keluarga ke sana. Setakat ini masih lagi mencari pakej yang bersesuaian,” katanya kepada mStar.

MK menjawab perkara tersebut selepas desas-desus mula timbul kononnya dia sudah menghubungi beberapa agensi umrah untuk bertanyakan harga.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique buat ‘research’ setiap kali dapat tawaran berlakon, tak melenting dikritik ‘kayu’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Spekulasi ‘foto kahwin’ Nabila Razali dan MK K-Clique terjawab! Rupanya hanya teaser MV lagu baharu... “Ini bukan gimik”

Penyanyi ini ditemui ketika majlis pelancaran koleksi baju Melayu jenama Armaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap tentang sambutan Ramadan kali ini, MK mahu mengurangkan tawaran kerja dan lebih memberi fokus kepada amalan ibadah lain selain berpuasa.

"Memang ada tawaran berlakon, tapi belum ada keputusan lagi. Rasanya tahun ini saya mahu berehat dan memberi fokus kepada ibadah sepanjang bulan puasa.

Niat saya untuk beribadah, jadi tak mahu kalau perkara ini dihebohkan orang salah tafsir

MK K-CLIQUE

PENYANYI

"Saya pun tak tahu tahap kemampuan untuk bekerja di bulan puasa. Jadi lebih baik berehat di rumah sahaja.

"Tambah pula usia semakin meningkat. MK yang yang dulu bukan MK yang sekarang," jelasnya.

Bercakap tentang kolaborasi dengan Armaan, penyanyi lagu Mimpi ini menafikan menerima bayaran tinggi daripada usahawan berasal dari Jitra, Kedah itu.

mk3

MK dilantik sebagai duta koleksi raya Armaan.

Menurutnya ini adalah peluang untuk dia membantu lebih ramai peniaga melonjakkan promosi produk mereka dan tidak hanya memilih jenama popular.

"Sekarang ini harga kenalah ikut komitmen saya terhadap sesuatu produk. Tidaklah terlalu tinggi sebab saya rasa mahu membantu golongan peniaga di musim perayaan ini.

"Tak salah untuk saya pilih jenama yang bukan berniaga di Kuala Lumpur. Semoga pemilihan saya ini akan membuka ruang lebih luas buat mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain