DI SEBALIK kegembiraan menerima khabar isterinya kini hamil, penyanyi Aril Pilus terpaksa menerima hakikat kemungkinan ini adalah cahaya mata terakhir buatnya. Disebabkan masalah fibroid yang dialami oleh isteri iaitu Puteri Erma Edlinda, doktor menasihatkan agar wanita itu menjalani pembedahan membuang rahim apabila bersalin anak kedua dijangka November ini. "Kalau dikurniakan dengan dua orang anak ini pun saya dah penuh rasa syukur. Kita tidak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan. Aril Pilus terkejut bakal timang cahaya mata lagi. "Kita ada pakar perubatan dalam bidang ini, dan mereka lebih tahu apa yang sepatutnya. Kita akur menerima khabar ini dan ikut nasihat doktor," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Aril sebelum itu memuat naik video menerima kejutan daripada isterinya yang kini sedang hamil enam minggu. Selepas lapan tahun, pastinya berita tersebut sungguh bermakna buat pasangan ini kerana mereka telah lama menunggu kelahiran seorang lagi cahaya mata. ARTIKEL BERKAITAN: Aril Pilus cemas ibu jatuh bilik air, alami luka bawah mata akibat terkena bucu meja ARTIKEL BERKAITAN: Radang kulit merebak dari pinggang ke paha, Aril Pilus dimasukkan ke hospital untuk elak jangkitan "Rasanya sekarang sama seperti kami mendapat tahu soal kehamilan anak pertama dahulu. Maklumlah dah lama kami menunggu saat ini. "Isteri mengalami alahan teruk sepanjang trimester pertama ini. Jadi kami harapkan tempoh hamil ini dipermudahkan dan semuanya selamat," jelasnya. Bercerita mengenai masalah fibroid dihidapi oleh isterinya, Aril memberitahu mereka mengetahui mengenai perkara selepas melakukan pemeriksaan doktor sejak dua tahun lalu. Sebelum ini kami tak pernah bincang masalah ini kerana takut ganggu emosi isteri. ARIL PILUS PENYANYI Disebabkan itu, dia enggan terlalu bercakap mengenai soal zuriat kerana bimbang boleh mengganggu emosi isterinya. "Selepas buat pemeriksaan, doktor maklumkan ada tiga biji fibroid di rahim isteri dan satunya terletak di bahagian luar rahim. "Untuk buang fibroid perlu mengandung dahulu dan akan buang rahim ketika bersalin nanti. Aril jaga perasaan isteri. "Sebelum ini kami tak pernah bincang masalah ini kerana takut ganggu emosi isteri. Ini masalah berkaitan wanita yang sensitif," ujarnya. Dalam pada itu, Aril dan isteri juga merancang untuk menyambut kelahiran anak mereka pada 5 November sempena sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi itu. Untuk rekod, Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!