suria

Yantzen berdepan penyakit misteri, katanya enam bulan tak tidur

Yantzen malas layan komen netizen.

PENYANYI veteren Yantzen tidak melatah apabila dilemparkan pelbagai komen negatif susulan tular video memaparkan dirinya didakwa berada dalam keadaan tidak normal, baru-baru ini.

Enggan ambil pusing komen negatif netizen, Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 65, berkata fokusnya kini menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya tak nak komen apa-apa. Saya kalau cakap pun tak guna, kalau saya beritahu pun ceritanya akan jadi dua hala.

335695309_208157845196492_5552373686421790620_n

Video keadaan Yantzen hangat diperkatakan netizen.

"Terpulang pada mereka untuk menilai saya takkan melatah. Saya cuma fokus dengan kehidupan saya sekarang dan bukan mereka yang beri saya makan.

"Kata-kata negatif itu biasa, begitulah mereka mudah menilai orang," katanya kepada mStar.

Yazten berkongsi perkara itu ketika ditemui dirakaman takbir raya yang berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dipuji tapi gagal ke separuh akhir GV7, peminat mahu Yantzen diselamatkan dengan imuniti

ARTIKEL BERKAITAN: Semua terselamat konsert minggu ketiga GV7 kerana Yantzen tak bertanding - “Dia sakit tak boleh nak elak, tak patut ada penyingkiran”

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Insan ini turut mendedahkan dia mengalami masalah sukar tidur malam.

Tambah Yantzen, dia pernah tidak tidur selama enam bulan disebabkan penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

"Saya cuba memperbaiki diri sendiri, terus terang cakap saya enam bulan tak tidur. Itulah yang saya alami.

955068

Yantzen cuba ubati masalah kesihatan.

"Masalah kesihatan saya itu antara saya dengan Tuhan. Kalau benda-benda mistik saya tak tahu tapi saya ada lakukan perubatan Islam. Cara saya mengubati itu antara saya dengan Allah.

"Dari tahun lepas saya mengalami gangguan tidur ini," katanya lagi.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Yantzen bercakap dalam keadaan tidak tentu arah dan seperti tidak normal.

Dalam ruangan komen video tersebut, pelbagai tulisan kurang enak ditinggalkan oleh netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain