NAMA bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjadi sebutan netizen selepas tular video memperlihatkan dirinya bertengkar dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya. Justeru itu, adik kepada Musa iaitu pelakon Datuk Jalaluddin Hassan tampil menjelaskan situasi yang menimpa abangnya kerana tidak mahu orang ramai terus membuat spekulasi tidak benar berhubung kejadian itu. Kata Jalaluddin, 69, dia cukup mengenali abangnya itu dan mengetahui konflik rumah tangga yang telah lama berlaku. Video tular yang melibatkan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. "Saya tak boleh nak komen banyak tapi saya tahu siapa abang saya dan siapa perempuan itu. Saya tahu apa yang abang saya sudah lalui selama ini. "Apa yang abang saya lalui sejak berkahwin dengan dia... saya tahu. Abang saya seorang yang bertanggungjawab, dia tidak pernah abai nafkah pada isteri dan anak-anak," katanya kepada mStar. Jalaluddin berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terkejut tersebar berita ‘Jalaluddin Hassan’ meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Hassan nikahi isteri baharu bukan rela hati, ambil masa 4 tahun untuk jatuh cinta Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu kes itu kini dalam siasatan polis dan status perkahwinan abangnya itu juga sedang dalam proses penyelesaian. Berkongsi lanjut mengenai keadaan Musa, pelakon veteran ini memberitahu abangnya meluahkan rasa syukur kerana segalanya sudah terbongkar dan kemelut bakal berakhir tidak lama lagi. "Dia kuat, dia telefon adik beradik tanya keadaan... malah adik saya suruh berubat kerana takut ada benda-benda lain. Jalaluddin anggap musa abang yang baik. "Apabila berjumpa dengan saya pun dia gembira dan bersyukur kerana benda ini terbongkar dan telah memfailkan penceraian sebenarnya. "Tapi perempuan itu masih kacau. Dia tidak akan berhubungan dengan perempuan itu melainkan dengan peguamnya," katanya lagi. Pada 8 Mac lalu, Musa menerusi satu ciapan di laman Twitter memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya. Malah, dia turut berkongsi enam tabiat yang patut dihindari oleh isteri antaranya jangan menghina, mengumpat, meninggi suara dan mengherdik suami di depan orang lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!