suria

Menangis teringat isteri di rumah, Zaki Azeman sebak sambut Ramadan pertama sebagai suami di hospital

Zaki dimasukkan ke hospital akibat jangkitan influenza.

HASRAT untuk memulakan Ramadan pertama sebagai seorang suami tidak berkesampaian apabila pelakon Zaki Azeman terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu akibat jangkitan influenza.

Kata Zaki, 29, sejak awal-awal lagi dia sudah menolak semua tawaran kerja kerana mahu meluangkan masa bersama isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran.

“Tahun ini adalah pertama kali saya nak sambut puasa sebagai seorang suami. Memanglah excited pada awalnya. Namun semua perancangan tidak menjadi.

zaki azeman 2

Zaki terpaksa berjauhan dengan isteri yang kini sedang sarat hamil anak pertama.

“Saya tolak semua tawaran kerja kerana mahu luangkan masa bersama isteri di rumah. Tetapi apabila dah jadi macam ini kenalah reda,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Tambah Zaki selain kesihatan diri sendiri, apa yang membuatkan dia lebih bimbang adalah keadaan isteri di rumah yang kini sedang hamil lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Zaki Azeman bakal timang bayi lelaki, Jaa Suzuran pula lompat kegembiraan

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Azeman bakal timang anak sulung Syawal ini, isteri mengidam air ‘Milo lori’... “Manalah saya nak cari?”

Dia bagaimanapun bersyukur, isterinya itu tidak terkena jangkitan sama biarpun dia mula rasa demam ketika di rumah.

“Isteri saya sejak kecil jarang berjauhan dengan keluarga. Jadi memang saya risau bila saya terpaksa duduk hospital. Sekarang ini saya upah pembantu untuk bantu dia di rumah.

“Sudah beberapa hari di hospital ini, ada masa saya sendiri menangis memikirkan isteri di rumah. Syukur dia tidak terkena jangkitan,” jelasnya.

Saya tolak semua tawaran kerja kerana mahu luangkan masa bersama isteri di rumah. Tetapi apabila dah jadi macam ini kenalah reda

ZAKI AZEMAN

PELAKON

Berkongsi tahap kesihatannya, Zaki berkata dia masih menerima rawatan ubat antibiotik dan kerap demam di waktu malam.

“Sejak masuk hospital, saya susah nak makan. Kalau makan pasti akan muntah. Sebab itu badan masih lemah.

“Kalau demam datang, mulalah rasa sakit seluruh badan. Mungkin saya akan ditahan wad selama lima hingga tujuh hari,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain