suria

Rezeki mencurah-curah selepas juarai ‘Famili Duo’... Zaki Yamani tetap fokus SPM, enggan insiden pengsan di sekolah berulang

Zaki sasar keputusan cemerlang dalam SPM.

PENYANYI Zaki Yamani akui bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran memandangkan dia bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini.

Kata Zaki, 17, dia mungkin akan memperlahankan sedikit kerjaya seni menjelang peperiksaan itu nanti dan berjanji tidak mengabaikan jadual persekolahan walaupun sibuk menerima undangan menyanyi.

"Saya tahu jadual tahun ini memang agak padat sikit. Inilah cabaran yang perlu saya hadapi sebab memilih untuk menyanyi di usia muda.

zaki yamani 2

Zaki harus memilih keutamaan antara kerjaya dan pelajaran.

"Mungkin akan perlahankan sedikit kerjaya seni tetapi saya tidak boleh berhenti terus. Kenalah susun jadual dengan baik sebab sekarang sudah tingkatan lima.

"Jika ada tawaran kerja yang mengganggu jadual sekolah saya tidak akan ambil," katanya kepada mStar.

Tambah Zaki meskipun perjalanan kerjaya kini semakin baik selepas bergelar juara program Famili Duo lalu, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar buat Zaki dan Yamani - “Saya sudah lupa macam mana layanan seorang abang”

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani dikejarkan ke hospital, pengsan ketika jawab peperiksaan di sekolah

Bahkan anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sudah menyusun strategi baik dengan memulakan kelas tambahan supaya tidak ketinggalan.

"Syukur kerana program Famili Duo telah menjadi pentas untuk saya tonjolkan diri dalam bidang seni. Tawaran persembahan pun semakin banyak selepas bergelar juara.

Mungkin akan perlahankan sedikit kerjaya seni tetapi saya tidak boleh berhenti terus

ZAKI YAMANI

PENYANYI

"Kalau dahulu sebulan nak dapat satu tawaran pun susah, sekarang ini sampai ada dua tawaran sehari. Rezeki semakin baik dalam kerjaya seni.

"Saya faham di kala kerjaya tengah naik ini, pelajaran juga kena utamakan sebab nak SPM. Sebab itu saya ambil kelas tambahan supaya tidak ketinggalan," jelasnya.

Dalam masa sama, Zaki juga kini lebih mementingkan kesihatan diri kerana tidak mahu kejadian pengsan di sekolah seperti sebelum ini berulang lagi.

zaki yamani 3

Famili Duo telah menaikkan nama Zaki dan abangnya, Yamani Abdillah.

"Sebelum ini di sebabkan tidak menyusun jadual dengan baik, badan saya jadi letih sehingga pengsan di sekolah.

"Apabila sudah banyak tawaran sekarang ini saya pun lebih tahu menjaga diri supaya kesihatan tidak terabai, tak mahulah kejadian sama berulang lagi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain