suria

Fauzi Nawawi pernah cedera ketika penggambaran, kepala berjahit dihentak pasu... Saran anak seni siap diri sebelum lakon babak aksi

Fauzi dan Lisdawati sentiasa mengingatkan untuk menjaga diri sendiri.

PELAKON Fauzi Nawawi berpendapat setiap pelakon perlu menitikberatkan mengenai soal keselamatan diri ketika berada di set penggambaran.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh aktres Fasha Sandha baru-baru ini, Fauzi atau Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 50, berkata dia juga pernah mengalami kecederaan semasa melakonkan babak aksi.

fauzi1 - 1

Fauzi pernah cedera sewaktu berlakon filem Anak Halal.

"Bagi saya perkara dah nak berlaku. Saya pun dulu buat aksi lasak jadi stuntman. Malah dalam filem Anak Halal pun kepala saya berjahit kerana dihentak pasu bunga.

"Pasu bunga tu pecah, kaca melekat di kepala. Saya menerima dua jahitan. Jadi, bagi saya insiden seperti ini sebenarnya mengajar kita supaya lebih berhati-hati," katanya kepada mStar.

Fauzi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Boi Boi yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fauzi Nawawi tidak merajuk, bawa diri untuk bertenang... "Itu kecaman paling teruk sepanjang 25 tahun dalam industri"

ARTIKEL BERKAITAN: "Penampilan bukan untuk dipuji tapi jaga aib suami" - Lisdawati belajar gaya fesyen muslimah

Dalam pada itu, Fauzi juga turut bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Datuk Fizz Fairuz yang menyarankan agar para pelakon tidak melakonkan babak aksi secara keterlaluan.

Kata Fauzi, pandangan Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin itu ada benarnya namun kenyataannya itu mungkin dikeluarkan dalam waktu yang tidak sesuai.

"Macam komen Datuk Fizz Fairuz tu sebenarnya ada betulnya. Jangan beria sangat ketika berlakon, kita kena fikir keselamatan kita dulu.

Saya pun dulu buat aksi lasak jadi stuntman. Malah dalam filem Anak Halal pun kepada saya berjahit kerana dihentak pasu bunga.

FAUZI NAWAWI

PELAKON

"Tapi mungkin waktu dia komen tu tak kena dengan masa dan menyebabkan ramai yang salah faham.

"Saya tak salahkan siapa-siapa. Artis tu sendiri kena ambil perhatian dan jaga diri sendiri sebab kita tak ada caruman insurans yang besar," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi yang turut ditemani isterinya yang juga pelakon iaitu Lisdawati memberitahu dia juga pernah berdepan dengan kemalangan sewaktu berlakon.

"Dalam penggambaran memang akan berlaku perkara yang tidak sangka. Saya pun pernah jatuh kuda sewaktu shooting.

"Nak angkat badan pun tak boleh dah terseliuh. Bila cakap dengan penerbit, mereka kata tak ada bajet untuk itu.

"Daripada itu saya belajar satu perkara, kalau bukan kita sendiri yang jaga diri kita, takkan ada siapa yang nak jaga kita," jelasnya.

Lisdawati bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menasihatkan pelakon untuk membuat persediaan sendiri.

fauzi2 - 1

Fauzi dan Lisdawati tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya berlaku kemalangan di set penggambaran.

"Kita dah cuba berhati-hati, kita cuba untuk mengelak daripada sebarang kecederaan berlaku sewaktu penggambaran.

"Tetapi kalau memang sudah ditakdirkan nak berlaku kemalangan, mungkin ada hikmahnya. Perkara ini tidak akan habis kalau kita saling menyalahkan.

"Jadi, saya nasihatkan kepada semua pelakon buatlah caruman Socso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Tak mahal pun setahun dalam RM300 lebih. Ini nasihat saya terutamanya kepada pelakon baharu. Perkara-perkara ini yang akan bantu kita pada masa akan datang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain