SEKIAN lama tidak membuat perkongsian di Instagram, pelakon Farid Kamil memuat naik video terbaharu memaparkan momen indahnya bersama isteri iaitu Diana Danielle dan anak-anak. Rakaman itu memperlihatkan Farid bersama keluarganya menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu. Lebih menarik perhatian pengikut apabila aktor berusia 42 tahun itu menulis kapsyen meluahkan rasa rindunya terhadap keluarga. "Rindu pada mereka Ya Allah... Sampaikan pada mereka Ya Alla kerana aku tidak mampu," katanya. Farid Kamil rindu anak-anak. Dalam perkongsian lain pula, Farid seolah-olah meletak harapanya kemelut rumah tangganya akan selesai tidak lama lagi. "Alhamdulillah, semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah. Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. "Sesungguhnya janji Allah itu pasti tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menasihati pelakon filem Remp-IT itu agar segera memujuk isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid masuk... Lagipun hubungan tak baik ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dihalang jumpa anak, masih sayang Diana... Tak sebumbung sejak awal Mac Malah mereka turut mendoakan agar keluarga berkenaan bersatu semula seperti sebelum ini. "Allah bersama orang yang sabar, Farid pujuklah Diana. "Kejar dia kalau masih sayang, jangan sakiti dia. Jadi suami dan ayah yang mampu mendidik anak isteri. "Harap jodoh kalian masih panjang, kesian anak-anak jadi mangsa. Mereka masih perlu kasih sayang ayah," antara komen netizen. Farid sudah lama tidak bertemu anak-anak. Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid. Namun, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melafazkan talak terhadap isterinya dan mengakui masih ada perasaan sayang. Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan cerai tersebut pada Isnin mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor. Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid. Rumah tangga Farid dan Diana tiba-tiba bergolak. Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan. Diana difahamkan melantik rakan rapatnya sebagai wakil manakala Farid belum memberi sebarang nama bagi pihaknya untuk proses itu. Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!