suria

Izzue Islam kini bergelar pengacara, gementar kendali Muzik Muzik secara solo

Izzue gementar dengan tanggungjawab baharu.

PELAKON dan penyanyi Izzue Islam dipilih sebagai hos terbaharu program Muzik Muzik 38 selepas muncul sebagai pengacara jemputan tahun lalu.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, berkata, meskipun teruja dengan peluang diberikan namun dia tetap berasa gementar apatah lagi dia akan mengendalikan program tersebut secara solo.

"Sejujurnya perasaan takut dan gementar itu memang ada. Saya takut sekiranya tidak menjadi, takut salah cakap, takut dibandingkan. Banyak perkara yang saya risaukan sebenarnya.

"Sebelum ni konsepnya lain, ada band. Hos pun ada yang berdua. Kali ni saya seorang dan hanya bersama tetamu undangan.

"Insya Allah saya akan cuba berikan sedikit kelainan. Apa yang penting saya akan cuba buat yang terbaik," katanya kepada mStar.

izzue1 - 1

Muzik Muzik 38 menampilkan wajah baharu iaitu Izzue Islam.

Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi memperkenalkan hos Muzik Muzik 38 yang diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, Izzue juga memberitahu dia telah membuat persediaan meilihat gaya persembahan daripada hos-hos terdahulu dan berasa lebih yakin kerana turut berpengalaman beberapa kali menggendalikan program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam tak hilang tapi sibuk galas tugas pengacara, punca jarang keluar TV

ARTIKEL BERKAITAN: "Awal-awal dulu sedih... kita usaha tapi belum ada rezeki" - Izzue Islam, isteri cari waktu sesuai fokus rawatan IVF

"Saya memang ada buat sedikit research daripada hos Muzik Muzik yang lalu. Lagi pun saya memang pernah terlibat dalam program ini untuk menjadi hos jemputan.

"Tahun lalu, saya dapat pula peluang mengacarakan Muzik Muzik Separuh Akhir. Sebenarnya pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya lebih yakin untuk Muzik Muzik 38 ini," ujarnya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Che Isa menjelaskan pemilihan Izzue dibuat berdasarkan kredibilitinya sebagai seorang hos yang mampu menarik penonton.

Saya takut sekiranya tidak menjadi, takut salah cakap, takut dibandingkan. Banyak perkara yang saya risaukan sebenarnya.

IZZUE ISLAM

PELAKON/PENYANYI

Kata Sufian, penampilan yang ditunjukkan oleh Izzue sewaktu mengacarakan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 membuka mata produksi untuk memberi peluang kepada pelakon drama Rindu Kasih ini.

"Pelbagai kriteria yang kami lihat daripada segi content, persembahan dan penampilan, Izzue antara hos yang mempunyai pengikut media sosial yang ramai, popular, rupa paras menawan.

"Kami harap dengan adanya Izzue mungkin mungkin rating Muzik-Muzik ini akan lebih baik.

izzue2 - 1

Izzue mahu lakukan yang terbaik untuk Muzik Muzik 38.

"Lagi pun, masa Izzue mengacara program separuh akhir tahun lalu, bagi saya mungkin Izzue berjaya meyakinkan kami tanpa uji bakat, Izzue memang boleh buat," katanya.

Muzik Muzik 38 juga bakal memaparkan segmen khas iaitu Muzik Mania, di mana akan menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang bakal berlangsung di dalam negara.

Muzik Muzik 38 memulakan siaran pada 2 April ini, setiap hari Ahad, pukul 12 tengah hari di saluran TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain