SEKIAN lama menyepi, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo muncul dengan single terbaharu berjudul Tulus gandingan bersama penyanyi Nabila Razali. Menurut Adi atau Adi Priyo Sambodo, 40, projek istimewa ini merupakan hadiah untuk peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharunya. "Ini hadiah saya untuk mereka. Saya harap peminat dapat menerima lagu ini sama seperti karya-karya sebelum ini," katanya. Adi merakamkan lagu duet bersama Nabila. Tulus berkisahkan tentang sebuah perjalanan dalam perhubungan cinta yang mulai renggang antara satu sama lain. Ego membuatkan masing-masing hanya memendam rasa rindu dan cinta antara mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Pendengar tak terima Adi Priyo (6ixth Sense) nyanyi lagu rancak ARTIKEL BERKAITAN: Pantang 'terkucil' berduyun datang kritik, Nabila Razali teruskan kelas vokal Tulus merupakan kolaborasi antara tiga syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote dan Alternate Records Sdn Bhd serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Lagu ciptaan sepenuhnya komposer Aiman Sidek ini turut dipilih menjadi runut bunyi drama yang sedang ditayangkan di slot Samarinda di TV3, Bukan Puteri Lindungan Bulan lakonan Janna Nick dan Hisyam Hamid. Adi kini bergerak secara solo. Tulus boleh distrim di semua platform digital bermula 29 Mac 2023, manakala muzik video rasmi akan menyusul di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment. Untuk rekod, Adi menubuhkan kumpulan 6ixth Sense gabungan Malaysia dan Indonesia pada 2005. Adi mula bergerak secara solo pada 2017 dan antara lagu solo popular yang dinyanyikan olehnya termasuk Pinjamkan Hatiku, Cintai Aku dan Rinduku Ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!