SUDAH lama tidak menerima tawaran seni, pelawak Ali Puteh tetap bersyukur kerana jualan pakaian dan wangian yang diusahakan menerusi platform media sosial disambut baik oleh netizen. Meskipun berdepan konflik dengan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata jualan atas talian yang dijalankan tidak terjejas dan masih menerima sambutan pengikut. "Saya mula berniaga pada bulan puasa ini, sebelum ini perniagaan ini diusahakan oleh isteri saya dan ada juga terlibat dengan mana-mana ekspo. Tapi semenjak puasa saya pula yang mengambil alih dan berniaga di atas talian. Saya berniaga baju kanak-kanak dengan haruman buat sementara ini. Sesi jualan dibuat menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok "Alhamdulillah sambutan menggalakan dan sangat baik, penghantaran pun dah banyak. Alhamdulillah banyak orang-orang kita yang sokong... yang kecam-kecam pun banyak juga," katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai perniagaannya online diusahakan, Ali memberitahu dia tidak melakukan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) kerana bimbang ditipu. ARTIKEL BERKAITAN: Belum bayar ganti rugi RM60,000 kepada Hidayah, Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh bangkit isu bil utiliti rumah Abam, dakwa Hidayah tak ambil peduli - "Kalau tak berjaga dah tutup sawang satu rumah" Justeru itu, dia menggunakan pembayaran perbankan atas talian yang sememangnya selamat dari penipuan. "Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini. Sehari dapat juga saya jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya," ujarnya. Sebelum ini, media melaporkan Ali sudah lebih enam bulan tidak menerima tawaran kerja seni sekali gus menyukarkan dirinya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah secara tunai dengan segera. Alhamdulillah banyak orang-orang kita yang sokong... yang kecam-kecam pun banyak juga. ALI PUTEH PELAWAK Pelawak ini juga memberitahu dia menerima surat daripada mahkamah memaklumkan kediaman milik Allahyarham ibunya iaitu Sabariah Arshad di Batu 10 Gombak, Selangor bakal disita. Pada Mei 2020, Nor Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial yang didakwa menjatuhkan maruahnya. Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Nor Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya. Pada 18 Februari tahun lalu, Hidayah menang saman fitnah terhadap Ali dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak itu membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!