suria

Badan dah menggigil lapar tapi pelakon Cina ini tetap habiskan puasa... Hampir ‘give up’ setengah jam sebelum waktu berbuka

Chia cuba berpuasa buat pertama kali.

PERKONGSIAN video pemuda berbangsa Cina, Ooi Liang Chia berpuasa di hari pertama Ramadan menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Berkongsi pengalamannya itu,Chia, 28, yang juga merupakan seorang pelakon berkata dia tetap menghabiskan puasa meskipun badannya sudah mula lemah dan menggigil kerana kelaparan.

"Bila masuk kereta balik daripada bazar Ramadan, saya mula rasa menggigil. Saya tidak tahu macam mana nak terangkan, tapi badan saya mula gigil dan jadi lemah.

chia1 - 1

Chia merasai pengalaman baharu dengan berpuasa.

"Apa yang buatkan saya bertahan kerana pada waktu itu tinggal lebih kurang setengah jam lagi waktu berbuka.

"Sekiranya saya terus makan pada waktu itu, saya rasa macam sia-sia pula, dahlah bangun sahur pukul 5. Jadi, saya tahan sikitlah," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Cina sempoi lepak masjid, tunggu kawan-kawan Muslim solat... Ramai puji kacak, rupanya pelakon!

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali puasa, Daniel Fong bersemangat sahut cabaran selepas dapat sokongan Soo Wincci dan Ruhainies

Menurut pelakon Jangan Curi Hati Saya ini, dia berminat untuk berpuasa memandangkan waktu makannya setiap hari tidak teratur dan makan dalam kuantiti sedikit.

"Dua hari lalu, saya ada cuba untuk berpuasa kerana biasanya saya makan pun tak ikut waktu. Jadi saya rasa lebih baik jika saya cuba untuk puasa.

Saya tidak tahu macam mana nak terangkan, tapi badan saya mula gigil dan jadi lemah.

OOI LIANG CHIA

PELAKON

"Saya cuma nak rasa sekurang-kurangnya sehari bagaimana rasanya bila berpuasa," ujarnya.

Mengakui tidak mampu menahan lapar, Chia berkata buat masa ini dia belum terfikir untuk berpuasa penuh selama sebulan.

Pun begitu, aktor berkenaan meluahkan rasa kagum dengan umat Islam yang mampu menjalani ibadah puasa selama sebulan.

"Secara jujurlah, kalau tanya saya sekarang ni memang saya tak mampu puasa lagi.

"Tapi apa-apa pun saya memang tabik dengan umat Islam yang boleh berpuasa selama sebulan.

chia2 - 1

Chia kagum dengan umat Islam yang berpuasa.

"Pertamanya, mereka tak makan sehari. Lepas tu, kena bangun pula awal pagi untuk sahur. Bukan senang tau nak bangun pukul 5 pagi," katanya.

Sebelum ini, Chia pernah tular di aplikasi TikTok kerana menunggu rakan-rakannya yang beragama Islam menunaikan solat di sebuah masjid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain