suria

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Atu kesal bayaran belum diterima sedangkan program telah lama tamat.

PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

"Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.

WhatsApp Image 2023-04-01 at 18.29.50

Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.

"Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas," katanya.

Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Awesome TV terpaksa saman lebih RM162 juta penerbit ‘Di Sebalik Dia’ kerana kurang 2 episod

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh buat laporan polis terhadap Awesome TV, dakwa kenyataan dibuat jejaskan reputasi syarikat

Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.

"Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman," ujarnya.

Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.

ATU ZERO

PELAWAK

Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.

"Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.

"Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka," katanya kepada mStar.

Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.

awesome-raja-lawak_-1024x683

Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.

"Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.

"Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran," katanya lagi.

Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain