suria

Haneesya Hanee jalani pembedahan tulang belakang, dedah hidap scoliosis sejak 2015

Haneesya Hanee selamat jalani pembedahan Scoliosis.

KEHILANGAN pelakon dan model Haneesya Hanee di media sosial akhirnya terjawab apabila dia memaklumkan baharu sahaja selamat menjalani pembedahan tulang belakang pada 17 Mac lalu.

Haneesya Hanee, 23, berkata, dia disahkan menghidap penyakit scoliosis pada 2015 dan sejak itu terpaksa menanggung kesakitan.

"Ramai yang tertanya kenapa Hanesyaa hilang kan? Pada 17 Mac 2023 saya telah jalani pembedahan yang telah lama saya inginkan.

328287449_700145018487634_3783951405723808133_n (1)

Haneesya Hanee selamat jalani pembedahan.

"Saya ada masalah belakang scoliosis yang mana dikesan pada tahun 2015," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Berkongsi lebih lanjut, Haneesya berkata, dia mengalami sakit pada bahagian belakang apabila mengenakan kasut tumit tinggi atau melakukan aktiviti lasak.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat perbandingan... Haneesya Hanee sedar diri kurang dikenali, tak cemburu Anna Jobling lebih menyerlah

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil bersama anak dalam drama, rupanya ibu Haneesya Hanne pernah bergelar pelakon masa muda

Malah disebabkan penyakit itu, berat badannya menurun secara mendadak.

"Saya sebenarnya tak tahan sakit belakang ini terutama bila berkerja kena pakai kasut tumit tinggi, berdiri lama atau lasak.

"Saya juga sedar saya tak boleh tambah berat badan disebabkan sakit tulang belakang kerana tidak mampu nak menampung tubuh," kongsinya.

Saya sebenarnya masih dalam tempoh sembuh dan belum baik lagi.

HANEESYA HANEE

PELAKON/MODEL

Haneesya berkata dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas menerima nasihat daripada pakar.

Dia turut berharap pembedahan tersebut akan memudahkan pergerakkannya selepas ini.

"Selepas banyak konsultasi saya akhirnya berjaya lakukannya. Ini adalah perubahan baharu untuk saya.

336041070_1590187604739874_996289354959462275_n

Haneesya Hanee harap dapat berkerja seperti sedia kala.

"Saya sebenarnya masih dalam tempoh sembuh dan belum baik lagi, boleh jalan bergerak tapi terhad.

"Harap selepas ini lebih mudah untuk saya berkerja dan sambung kerjaya saya," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain