suria

Rita Nadira jawab hubungan dengan Chubb-E... “Mula rapat di Instagram sebab dia introvert”

Rita akui rapat dengan Chubb-E sejak dua tahun lalu.

PELAKON Rita Nadira menyangkal wujud rasa cinta di antara dia dan penyanyi Chubb-E selepas mereka dilihat sering memuat naik video bersama di laman sosial.

Kata Rita, 26, mereka mula rapat sejak 2021 disebabkan sering membuat kandungan media sosial bersama selepas diajak oleh penyanyi itu.

“Kami memang rapat sebagai kawan baik. Mula kenal di sebuah program televisyen dan kemudian kami bertegur di media sosial.

rita nadira 2

Rita belum sedia mencari cinta.

“Chubb-E sebenarnya seorang introvert, jadi dia minta saya ajar bagaimana nak buat live di media sosial. Dari situlah kami mula rapat.

“Terpulanglah apa anggapan orang bila lihat video kami. Yang penting ibu saya dan dia pun tahu kami ini hanya rapat sebagai kawan sahaja,” katanya kepada mStar.

Rita mengulas perkara tersebut selepas timbul dakwaan sebelum ini yang mengatakan mereka bercinta kerana dilihat berpegangan tangan dalam sebuah video.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah seiras tanda jodoh, peminat mula usik Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau jumpa orang lain apa salahnya” - Rita Nadira dah ‘move on’ dengan Ezzrin Loy, terbuka terima kekasih baru

Diusik tentang soal hati dan percintaan, pelakon drama Kerana Dia Suka ini memberitahu belum bersedia mencari pasangan dan lebih fokus kepada kerjaya.

Tambahnya dia lebih senang berterus-terang dari awal dan berkata tidak jika ada mana-mana lelaki mahu mendekati.

Saya selesa begini dan lebih baik tak payah bercinta buat masa sekarang.

RITA NADIRA

PELAKON

“Tiada yang special sekarang. Saya pun tak fokus untuk mencari teman istimewa. Kalau ada yang nak dekat, awal-awal lagi saya sudah katakan no!

“Pernah bercinta sebelum ini, tapi ibu tidak merestui hubungan itu. Ibu pun suruh fokus kepada kerjaya dahulu. Saya selesa begini dan lebih baik tak payah bercinta buat masa sekarang,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya seni, Rita tidak kisah jika sering diberi watak antagonis dalam drama yakin dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh produksi.

rita nadira 3

Rita selesa diberi watak antagonis dalam drama.

Dalam masa sama, dia juga bimbang jika ada dalam kalangan penonton yang terbawa-bawa perasaan marah terhadap watak lakonannya sehingga dirinya dibenci.

“Kadang-kala ada penonton yang terlalu ikut emosi sedangkan mereka tak sedar itu hanya lakonan. Bimbang jika kalau tiba-tiba kena pukul jika saya sedang berjalan-jalan.

“Saya tidak pernah rasa kecewa apabila sering diberi watak antagonis. Bila orang percaya saya boleh buat watak sebegitu lebih senang untuk melakonkannya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain