suria

Harry Khalifah timang bayi kesembilan, tak tolak kalau ada rezeki tambah cahaya mata lagi

Apak syukur timang anak kesembilan pada bulan Ramadan.

BULAN Ramadan tahun ini istimewa buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya Noormala selamat melahirkan anak kesembilan mereka secara normal di sebuah pusat perubatan pada pagi Ahad.

Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, 43, berkata, isterinya mengadu mengalami sakit perut sejak petang Sabtu sebelum selamat bersalin bayi lelaki mereka kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Penyanyi lagu Kasihnya Laila itu juga memberitahu meskipun ini adalah anak kesembilan mereka namun dia tetap mengalirkan air mata ketika menemani isteri di dewan bersalin.

305778786_172213968684413_6376059128431258944_n

Apak selamat timang anak kesembilan.

"Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira.

"Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan, sebab saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersamanya," katanya kepada mStar.

Harry dan isteri juga masih belum memutuskan nama yang bakal diberi pada bayi lelaki itu dan akan mengumumkannya kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih isteri Harry Khalifah tiba-tiba ‘madu’ muncul buat pengakuan... “Kalau tak bincang dulu habislah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki! Baru timang cahaya mata kelapan, isteri hamil lagi... Harry Khalifah tak anggap ramai anak satu beban

Dalam pada itu, Harry berkata, dia tidak menolak sekiranya diberi rezeki cahaya mata kesepuluh dan menanggap kehadiran anak-anak adalah rezeki dan boleh menjadi pemudah urusan apabila dia dan isteri sudah tua.

Kata Harry, dia juga tidak kisah apabila ada segelintir pihak memandang serong terhadapnya disebabkan dia mempunyai anak-anak yang ramai.

"Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.

Apak bersama lapan orang anak-anaknya.

"Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti," kongsinya.

Untuk rekod, Apak dan Noormala berkahwin pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki.

Malah dua anak mereka iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik ketika ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain