PENYANYI Rahim Maarof dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh sejak Jumaat lalu. Anak saudaranya iaitu Nik Nazira Narriman memaklumkan sebelum tidak sedarkan diri Rahim, 68, baharu sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit angin ahmar yang dialaminya. "Saya tidak tahu secara terperinci namun ibu saya memaklumkan dia kini tidak sedarkan diri di ICU sejak Jumaat lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan keluar masuk hospital, Ibnor Riza disahkan hidap kanser limfoma ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Maarof Muncul Di Kelab Malam Selepas 20 Tahun "Dia (Rahim) memang sudah lama ada penyakit darah tinggi dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan disebabkan diserang strok minggu lalu," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Ahad. Nazira yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Yonnyboii memberitahu dia juga sudah lama tidak bertemu dengan sepupu kepada ibunya itu. "Uncle Rahim dan ibu saya adalah sepupu. Mereka membesar bersama. Kami pun sudah lama tak jumpa tapi sebeum ini saya tahu dia sihat sahaja. Rahim dikatakan sudah lama menghidap darah tinggi. "Terkejut juga dengar berita dia di ICU. Memang ada rancang nak bertemu dengannya bersempena Ramadan tapi sedih dapat pula berita begini," ujarnya. Rahim yang popular sekitar zaman 1980-an dan 1990-an cukup dikenali dengan lagu-lagu seperti Usang, Cinta Kristal dan Shakila. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!