PENYANYI Shila Amzah memilih mengunci mulut berhubung isu melibatkan orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Pengurus Shila iaitu Aini Shuhaidah berkata, penyanyi itu belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Shila katanya akan mengulas mengenai pendedahan ibunya, Datin Fauziah Sarman apabila keadaan sudah reda. Shila Amzah tunggu keadaan reda. "Minta maaf banyak-banyak, buat masa sekarang Shila belum bersedia nak keluarkan apa-apa kenyataan. "Insya Allah dalam masa terdekat apabila semua dah betul-betul stabil dia akan keluarkan kenyataan," katanya kepada mStar. Pada petang Sabtu, rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala kembali menjadi perbualan hangat apabila isterinya memuat naik wajah seorang wanita dipercayai individu ada kaitan dengan rumah tangganya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kongsi foto wanita dengan kapsyen penyondol, gosip ND Lala kahwin dua kembali hangat ARTIKEL BERKAITAN: Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah Fauziah memuat naik gambar seorang wanita dengan menulis nama Siti Munirah Abd Ghani di Instagram miliknya. "Penyondol... Siti Munirah Abd Ghani. @ndlalaofficial," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen. Tidak cukup itu, Shila baru-baru ini turut meminta bantuan pengikut di Instagram mencari Siti Munirah yang juga rakan sekolahnya bagi menyelesaikan urusan disifatkan antara hidup dan mati. Fauziah dedah wajah penyondol di Instagram. Tinjauan mStar di Instagram Fauziah juga mendapati dia telah memadam foro bersama ND Lala sekali gus menguatkan khabar angin mengenai rumah tangga mereka. Sebelum ini, terdapat khabar angin mendakwa ND berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya. Menurut sumber, penduduk setempat mengesyaki sesuatu apabila sering melihat ND Lala berkunjung ke kediaman wanita berkenaan. Fauziah padam beberapa foto ND Lala di Instagram? Pada awal Mac lalu, Fauziah sempat berkongsi rasa syukur apabila perkahwinannya dengan ND Lala sudah memasuki usia 35 tahun. “35 tahun... Alhamdulillah,” tulisnya yang disertai emoji hati dan cinta. Ia secara tidak langsung, menangkis gosip mengatakan rumah tangga mereka retak menanti belah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!