suria

Pasangan duo AishaHanim lancar lagu raya, pilih melodi moden tarik pendengar muda

AishaHanim percaya lagu Raya Rumah Terbuka bakal tambat hati pendengar.

PENYANYI duo, AishaHanim tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Raya Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Aisha berkata, lagu raya tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri terutama dari segi elemen komposisi melodi dan lirik yang lebih moden serta menepati cita rasa pendengar muda.

Menurutnya, lagu Aidilfitri alaf moden juga mampu menambat hati peminat sekiranya kena dengan selera pendengar.

338740955_217618864186545_7702071704350249144_n

AishaHanim muncul dengan lagu raya berjudul Raya Rumah Terbuka.

"Memang kami sendiri suka mendengar lagu raya lama. Setiap kali Aidilfitri, lagu itu juga yang akan berkumandang. Tetapi, lagu raya baharu pun sedap-sedap belaka.

"Kami percaya, dunia muzik itu luas. Mungkin ada yang beranggapan sukar untuk lagu raya baharu menambat hati peminat, tetapi cita rasa pendengar sekarang sangat subjektif.

"Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kembar AishaHanim rela lambat popular daripada cipta kontroversi murahan

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki AishaHanim tunai umrah semasa pandemik, ikut saluran betul masuk Arab Saudi - “Ini semua atas izin Allah... bukan buat jahat”

Bercerita mengenai lagu Raya Rumah Terbuka, Hanim memaklumkan ia mengambil konsep kugiran serta disuntik dengan eleman tradisional.

Tambahnya, lirik lagu berkenaan ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.

"Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri.

Muzik video Raya Rumah tampilkan suasan kampung.

"Untuk muzik video pula, kami teruja apabila mendapat tajaan daripada sahabat kami, Datuk Aliff Syukri di sebuah pusat penginapannya. Kami memang mahukan suasana kampung itu.

"Kami berharap bila peminat mendengar lagu ini, terus rasa teruja untuk menyambut lebaran dan meraikan kemeriahannya bersama keluarga," kongsinya.

Raya Rumah Terbuka bakal dilancarkan bulan Ramadan ini di semua platform digital serentak dengan muzik videonya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain