suria

Khai Bahar rakam semula lagu popular tagalog ‘Pano’ dalam bahasa Melayu

Khai gembira dapat menyanyikan semula lagu popular Tagalog.

PENYANYI Khai Bahar mengakui berbesar hati apabila terpilih untuk menyanyikan semula lagu tagalog popular berjudul Pano dalam versi bahasa Melayu.

Khai atau Muhammad Khairul, 29, berkata, kepercayaan yang diberikan untuk menyanyikan lagu ikonik itu adalah satu penghargaan buat dirinya.

Diberi judul Bagaimana, versi Melayu lagu berkenaan mendapat sentuhan penerbit muzik tersohor, Johan John yang mana proses rakamannya dibuat di JK Music Vibe Studio.

khai1 - 1

Khai berharap versi bahasa Melayu ini diterima peminat.

"Keindahan lagu Pano terletak pada irama baladanya yang cukup mendayu. Tidak hairanlah lagu berkenaan amat popular sehingga mendapat tontonan lebih 104 juta di YouTube meskipun ia berbahasa Tagalog.

"Ini satu peluang untuk saya galas sebaiknya demi memastikan versi Melayu lagu ini sehebat lagu asal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar ajar diri kongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik, hidup pernah susah sebelum jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ni jenis cepat mesra"... Khai Bahar sudah hubungi wanita dakwa dipermainkan perasaan, selesai cara baik

Dalam pada itu, Khai memberitahu bekerjasama dengan Johan buat pertama kali adalah satu pengalaman yang menarik.

Kata Khai, corak kerja Johan yang sangat profesional menjadikan setiap proses lebih mudah dan lancar.

"Bagi saya, penting untuk mendapatkan keserasian yang kuat setiap kali terlibat dalam satu projek.

"Walaupun pertama kali bergandingan dengan Johan, tidak susah untuk mendapatkan keserasian antara kami.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bayang itu berharap versi nyanyiannya akan diterima peminat dan diterima di setiap platform penstriman muzik digital dan radio.

khai1 - 1

Khai teruja dapat berkolaborasi bersama penerbit, Johan John.

"Semoga Bagaimana akan mendapat penerimaan yang baik seperti Pano juga, serta didengar berulang kali di setiap platform penstriman muzik digital.

"Terus menyokong dan request lagu ini diputarkan di corong-corong radio," katanya.

Bagaimana kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain