suria

Tom keguguran, sempat rakam video nak kongsi berita sedang hamil

Tom alami keguguran selepas tiga minggu disahkan hamil.

IMPIAN penyanyi Tom menimang cahaya mata bersama suami iaitu Fuad Rahman tidak kesampaian apabila memberitahu mengalami keguguran pada Selasa lalu.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, keguguran itu berlaku ketika kandungannya mencecah usia tiga minggu.

"Saya baru lepas keguguran dua hari lepas. Kandungan pun baru masuk tiga minggu.

"Ia masih baru lagi dan senang nak 'jatuh' dan saya pula jenis seorang yang aktif," katanya kepada mStar.

Pasangan ini kembali bertemu ketika menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-9 tahun lalu.

Tom berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir di majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Tom memberitahu telah membuat beberapa persiapan untuk berkongsi khabar gembira itu bersama peminat namun tidak kesampaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri... ada sebab pilih nikah di Batam, Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga suruh kahwin” - Tom dan Fuad Rahman mahu elak fitnah, dijangka nikah sebelum Ramadan

"Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan. Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keguguran.

"Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima," jelasnya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Pasangan ini sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan oihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9) tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain