suria

Pertemuan dengan Fahmi Fadzil berjaya, PTVM mahu lihat industri kreatif berubah

PTVM membuat kunjungan hormat bertemu Fahmi Fadzil.

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menyifatkan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai satu kejayaan apabila pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu industri kandungan kreatif.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya mahu memberi penekanan tentang keperluan kerajaan membuat penstrukturan semula industri memandangkan banyak isu masih membelenggu dan belum dapat diselesaikan.

"Selepas mendengar taklimat senario terkini industri, Fahmi membuat perakuan bahawa akan mengambil tindakan lanjut dengan mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian.

"PVTM mahu memberikan penekanan bahawa pentingnya untuk kerajaan membuat penstrukturan semula industri kandungan kreatif TV memandangkan banyak isu yang membelenggu dan tidak dapat diselesaikan," katanya.

jurey1 - 1

Jurey selaku Presiden PTVM.

Jurey bersama barisan ahli jawatankuasa PTVM membuat kunjungan hormat bertemu dengan Fahmi baru-baru ini.

Selain mengucapkan tahnia atas pelantikan Fahmi sebagai Menteri Komunikasi dan Digital, PTVM turut mengetengahkan isu-isu berkaitan industri terutamanya melibatkan Finas dan RTM.

Tambah Jurey lagi, penggiat seni ingin melihat perubahan dalam industri yang tidak hanya terhenti dengan pertemuan bersama Fahmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggiat seni kurang puas hati, minta kerajaan kaji semula Belanjawan 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Jurey Latiff minta kerajaan tambah peruntukan industri seni, bina studio penggambaran seperti Korea Selatan dan China

"Iltizam kami ingin melihat perubahan dalam industri, malah kami telah membuat persediaan untuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Tujuan pertemuan itu adalah untuk membentangkan kertas kerja mewujudkan ekosistem industri kreatif kondusif di bawah kerajaan Malaysia Madani," ujarnya.

Antara isu yang diperjuangkan sejak penubuhan PTVM pada tahun 2008 adalah isu Harta Intelek yang dimiliki sepenuhnya oleh stesen TV tempatan, dana DKD Televisyen, CoPro antarabangsa, Konsortium dan perkara berkaitan perolehan rancangan swasta dan perolehan rancangan antarabangsa (syndicated) di RTM.

PTVM pernah membangkitkan isu dan cadangan untuk penyelesaian dengan berbincang bersama tujuh Menteri sebelum ini, namun masih belum ada penyelesaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain