suria

A. Aida, Salam HD teruskan lokasi kedua ‘Jelajah Masjid’ edar 1,500 bungkus bubur lambuk

Rohana (kiri) berharap program anjuran Salam HD terus mendapat sambutan.

MENERUSKAN tradisi berkongsi rezeki, saluran Salam HD bersama syarikat produksi A Aida Productions sekali lagi menganjurkan acara agihan bubur lambuk kepada orang ramai.

Menjadi lokasi kedua sempena Ramadan kali ini, sebanyak 1,500 bekas bubur lambur di edarkan kepada penduduk setempat sekitar kawasan Masjid Gombak Utara, Selangor pada Sabtu.

Menurut Pengurus Saluran Salam HD, Che Rohana Zainuddin, program yang diberi nama Jelajah Masjid ini mendapat sambutan hangat masyarakat sekeliling yang turun membantu dalam penyediaan sejak awal pagi.

salam hd 2

Artis yang hadir mengagigkan bubur lambuk kepada orang ramai.

“Menerusi program sebegini kita mahu libatkan orang sekeliling untuk sama-sama mendapat manfaat. Syukur dengan kerjasama pihak masjid mereka datang membantu sejak pagi.

“Kita juga mahu berkongsi rezeki dengan orang sekeliling dan golongan anak yatim dalam setiap kali penganjuran,” katanya kepada mStar.

Tambah Rohana secara tidak langsung menerusi program sebegini juga dapat memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya tentang fungsi masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil keberkatan bulan Ramadan, A. Aida agih 1,500 bungkus bubur lambuk

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson mengaku seronok kerja bawah A. Aida namun tak puas hati diperintah bayar RM213,000... Fail rayuan di Mahkamah Tinggi

Malah dia juga berharap kerjasama yang terjalin dengan A Aida Production akan terus bertahan untuk mengadakan lebih banyak acara seumpama ini.

“Kita mahu hidupkan fungsi masjid yang bukan sahaja menjadi tempat untuk menunaikan solat.

Kita juga mahu berkongsi rezeki dengan orang sekeliling dan golongan anak yatim dalam setiap kali penganjuran

CHE ROHANA ZAINUDDIN

PENGURUS SALURAN SALAM HD

“Jadi dalam acara begini dapatlah memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memeriahkan masjid dengan pelbagai program keagamaan terutamanya memberi makan kepada orang berpuasa,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan pihak mereka turut menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada 52 orang anak yatim kawasan sekitar.

Sementara itu sesi majlis ilmu Salam Prihatin turut diadakan dalam tiga sesi tazkirah sepanjang hari.

salam hd

Antara artis yang terlibat.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran artis seperti Datin Fadhilah Mansor, Watie Sadali, Mubarak Majid, Fadhil Dani, Aleza Shada, Norlia Ghani dan Putra Amaris.

Bercakap tentang program Ramadan di saluran Salam HD, tahun ini pihaknya tampil dengan tiga rancangan menarik iaitu Kembara Muslim Bumi Kenyalang, Sahabat-Sahabat Nabi dan telemovie Rumah Bertangga Lumut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain