suria

Bapa minta sambung belajar di Mesir punca Aniq Suhair hilangkan diri, belum sedia tinggal dunia lakonan

Aniq tolak pemintaan bapa untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang agama.

SEBELUM ini timbul dakwaan mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Aniq Suhair mahu meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada perkara lain.

Kehilangan Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, sejak tiga bulan lalu juga seolah-olah mengesahkan desas-desus tersebut berhubung keputusannya itu.

Aniq bagaimanapun berkata, kehilangannya itu ada kaitan dengan masalah yang timbul di antara dia dan bapanya yang mahu dia menyambung pengajian di Mesir dalam bidang agama sekali gus melupakan bidang seni.

332576031_1875435286146832_7598567487164698424_n

Aniq perlu masa untuk buat pilihan hidup.

"Benar sejak tiga bulan lepas saya berehast seketika daripada dunia seni. Antara faktornya adalah kerana ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.

"Pada saya, permintaan dibuat ayah memang bagus kerana menimba ilmu itu perkara baik dan dituntut dalam agama Islam tapi saya sudah menapak dalam industri dan kenapa perlu berhenti di saat nama saya sedang disebut-sebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair patah tangan akibat terjatuh, sedih tak dapat bertemu peminat ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’

ARTIKEL BERAKITAN: Ganti pelakon utama saat akhir, Aniq Suhair anggap rezeki diberi peluang jadi hero dalam ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’

"Disebabkan itu, saya mengambil sedikit masa untuk berehat kerana mahu fikir sebaik-baiknya.

"Saya juga berjaya yakinkan ayah yang saya boleh lanjutkan pengajian dan berlakon dalam pada masa sama di Malaysia.

"Alhamdulillah, penerimaan ayah sangat baik malah dia gembira apabila mula melihat kemajuan saya," katanya kepada mStar.

Untuk saya pada awalnya agak berusaha juga kerana saya bukan seorang yang multitasking.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Aniq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Aniq memberitahu dia sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam membahagikan pelajaran dan lakonan.

Kata Aniq, dia juga bersyukur kerana ahli keluarganya juga mula menunjukkan sokongan serta sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya agar dia berjaya mencapai cita-citanya.

315331428_917761225867992_4283327888348512602_n

Aniq nak tumpu sepenuhnya pada lakonan dan belajar.

Tambah Aniq, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan pada lakonan sehingga berada ditahap yang selesa.

"Secara peribadi ketika ini tiada masa untuk me time sebab pada usia sekarang adalah masanya saya pulun semampu boleh untuk kejar impian saya.

"Kalau sudah capai apa diimpikan, ketika itulah baru boleh ada me time. Sekarang adalah masa untuk saya kejar cita-cita termasuk mahu jadi bilionaire!," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain