suria

Baiknya hati anak Vida sedekah baju Melayu kepada pekerja stesen minyak... Netizen sebak tengok siap berpeluk

Kemurahan hati Kacak mendapat perhatian netizen.

ANAK kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Kacak mendapat perhatian netizen apabila menunjukkan sikap pemurah menghadiahkan baju raya kepada seorang pekerja stesen minyak.

Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 16, dilihat memberikan sepasang baju Melayu berwarna hijau yang merupakan jenama perniagaannya sendiri.

kacak2 - 1

Sikap pemurah Kacak diberi pujian.

"Tadi saya pergi pam minyak, lepas pekerja tu cakap baju Melayu saya cantik. Dia suka. Saya tanya dia dah beli baju raya ke belum?

"Dia kata belum lagi, tak apa kita nak bagi dia baju raya. Jom," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai buat spekulasi anak Vida individu di sebalik nama Sultan Pemurah? Jenuh netizen siasat akhirnya ini respon Kacak!

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi saksi kepayahan dan pengorbanan ibu, Cik B luah perasaan buat Vida dalam 'Doakan'

Kacak berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Jumaat.

Dalam pada itu, ibunya iaitu Vida atau Hasmiza Othman, 52, memberitahu anaknya itu masih belum menjual walau sehelai baju Melayu berkenaan.

Meskipun begitu, Kacak tidak berkira dan menganggap akan ada rezeki buatnya nanti.

"Tak apa mama, kita sedekah dulu rasmikan dengan sedekah. Rezeki akan datang InsyaAllah. Kita bagi dia dulu," ujarnya.

Sejurus selepas Kacak memberikan baju Melayu sebagai hadiah kepada pekerja stesen minyak itu, raut wajah kegembiraan jelas terpancar daripada individu berkenaan.

Malah lelaki dipercayai warga asing itu turut mendoakan Kacak dalam video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memujikan didikan yang diberikan oleh Vida sehingga menjadikan Kacak seorang anak yang hebat.

WhatsApp Image 2023-04-08 at 2.30.57 PM

Antara pujian yang diberikan netizen.

"Allahuakbar, bagusnya didikan DSV (panggilan Vida). Budi bicara Kacak, cara dia bercadkap tu tak tinggi nada suara. Salam tunduk tanda hormat.

"Alhamdulillah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mewarisi sikap ibu yang suka bersedekah. Semoga Kacak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

"Mulut Mama dia selalu sebut 'Anak mama yang hebat'. Memang akan jadi anak hebat Kacak ni," tulis netizen

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain