suria

Dua hari terseksa sakit perut, Beby Acha akhirnya selamat jalani pembedahan apendiks

Beby masih jalani rawatan di hospital.

PENYANYI Beby Acha selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di Hospital Serdang, Selangor pada Rabu lalu.

Berkongsi keadaan dirinya, Beby atau Nur Aishah Md Shari, 32, berkata dia masih lemah dan sukar untuk bercakap kerana dimasukkan tiub pada bahagian hidung.

“Sekarang keadaan masih lemah walau sudah beberapa hari jalani pembedahan. Saya pun tidak boleh banyak bercakap kerana dimasukkan tiub pada hidung sampai ke tekak.

beby acha 1

Beby mula alami sakit perut sejak awal April lalu.

“Luka selepas pembedahan pun masih lagi terasa sakit dan mungkin akan ditahan beberapa hari lagi di hospital,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Menurut Beby, pada awalnya dia menerima rawatan di sebuah pusat perubatan dan akibat gastrik pada 1 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beby Acha masuk hospital akibat denggi, badan lemah tak boleh cakap banyak... “Mungkin ada jangkitan kuman pada paru-paru”

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur bergelek sakan dan pakaian seksi, Beby Acha sensitif netizen kaitkan arwah Achik... Nak marah tapi kena sabar!

Dia bagaimanapun menanggung kesakitan selama dua hari selepas pulang dari hospital berkenaan.

“Sebelum ini dah ditahan wad sehari namun ketika itu doktor maklumkan saya terkena gastrik. Dalam perjalanan pulang ke rumah mula rasa sakit pada bahagian perut sebelah kanan.

“Saya diamkan sahaja dan dua hari juga tanggung sakit sebelum ke hospital sekali lagi. Apabila melakukan pemeriksaan doktor dapati apendiks dah pecah dan terus jalani pembedahan,” ujar.

Disebabkan dah jalani pembedahan dan sekarang tengah berehat, maka terpaksalah batalkan jemputan persembahan

BEBY ACHA

PENYANYI

Tambah Beby dia juga memohon maaf kepada beberapa penganjur acara kerana terpaksa membatalkan jadual persembahan selepas menjalani pembedahan.

“Disebabkan dah jalani pembedahan dan sekarang tengah berehat, maka terpaksalah batalkan jemputan persembahan.

“Mohon doa semua orang juga supaya saya cepat sembuh,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain