suria

[V] Reen Rahim kesal akaun TikTok ‘hilang’ gara-gara gurauan tak pernah bangun sahur... “Fikir saya tiada mak ayah ke?”

Reen mengaku silap menyanyi lirik lagu tak pernah bangun sahur.

GARA-GARA mengaku tidak pernah bangun sahur sebelum berkahwin, pelakon Reen Rahim teruk dikecam netizen di media sosial.

Tampil menjelaskan mengenai kenyataannya itu, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata video yang dimuat naik di platform TikTok dilakukan secara spontan tanpa berfikir panjang.

"Sebenarnya waktu itu saya rasa teruja dan bangga dengan diri sendiri apabila boleh bangun pagi untuk masak sahur.

Reen terkilan netizen jenis tak fikir panjang untuk komen.

"Jadi saya pun buat satu video sambil menyanyi lagu... 'seumur hidup aku tak pernah bangun sahur' dan muat naik terus di media sosial," katanya kepada mStar.

Reen berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Iftar dan Malam Tayangan Perdana filem Sumpahan Malam Raya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Mengakui keterlanjuran katanya itu, Reen bagaimanapun menyelar tindakan segelintir netizen yang menulis kecaman tanpa usul periksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri sambut menantu stail kampung Reen Rahim dapat pujian, rilek kongsi pelamin dengan adik ipar

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim percaya pada rezeki Allah, tak takut ‘saham’ merundum selepas kahwin

Dalam hal ini, Reen berkata dia diberikan didikan agama secukupnya oleh ibu bapa sejak daripada kecil lagi.

"Saya akui memang salah saya sebab menyanyi lagu dengan lirik... tak pernah bangun sahur. Tapi yang kecam-kecam tu tak boleh fikir ke yang saya ini tak ada mak ayah ke? Takkan mereka tidak kejut saya sahur!

"Apa yang membuatkan saya geram apabila netizen kata saya tak pernah berpuasa.

Reen dan Hazim berkahwin pada Disember 2022.

"Semasa video itu viral, saya sedang jalani penggambaran di lokasi liputan internet terhad dan saya tak dapat nak beri sebarang penjelasan mengenai isu tersebut," kongsinya.

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir netizen meninggalkan komen kecaman sehingga akaun TikTok miliknya disekat.

Kata Reen, tindakan mereka itu seolah-olah menganiaya dan menutup pintu rezeki seseorang yang mencari pendapatan melalui platform tersebut.

Untuk rekod, Reen selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain