suria

Shiha Zikir tak terfikir guna pendinding demi lariskan perniagaan nasi ayam, cukup doa kepada Allah

Shiha kecilkan lingkungan untuk pastikan kekal positif.

PENYANYI Shiha Zikir menyerahkan semua urusan penglibatannya dalam perniagaan ayam yang baharu sahaja diceburinya kepada Allah SWT meskipun sedar banyak persaingan.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menggunakan ilmu pendinding bagi menjaga keselamatan perniagaannya sebaliknya percaya akan kekuatan doa yang dipanjatkan kepada yang Maha Esa.

"Doa sahaja. Benda-benda itu, kalau kita buat apa pun, mesti akan ada. Saya memang serahkan semuanya kepada rezeki Allah," katanya kepada mStar.

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Iftar Prihatin dan Kopena bersama media dan rakan strategi Ahad lalu.

340311444_1091324635603942_7290370130883261100_n

Shiha Zikir tak pakai pendinding untuk jaga keselamatan.

Kata Shiha, dia juga bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan perniagaan diusahakan sememangnya banyak persaingan yang tidak terduga.

"Saya memang dah bersiap sedia sejak dahulu lagi. Bukan sahaja masa bukan perniagaan tetapi juga untuk lagu, tentunya saya akan sentiasa mengharapkan agar kerja-kerja saya diterima.

"Seperti yang saya jelaskan, saya percaya rezeki itu sentiasa ada tapi pada masa sama, kita berjaga-jaga," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir bersedia jadi isteri tapi belum terdesak untuk kahwin... “Saya ikut saja bila masa sesuai”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir cari penyanyi ganti, Shiha Zikir alami batuk berdarah sebelum AJL37... Ada individu mengaku pernah hantar ‘sesuatu’

Selain itu, Shiha berkata dia juga sentiasa menjaga lingkungan persahabatannya kerana ingin mengelak perkara tidak diingini.

Sebaliknya Shiha memilih mereka yang menyokong dan sentiasa bersikap postif sebagai sahabatnya.

"Saya kecilkan lingkungan sahabat saya dan tak terlalu ramai. Sebabnya, saya hanya memilih untuk bersahabat dengan mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur.

"Saya tak boleh membaca fikiran orang sama ada orang itu jujur ataupun tidak, jadi saya hanya mampu berserah 100 peratus kepada Allah dan pada masa sama, menjaga lingkungan persahabatan saya," kongsinya.

340505685_610422750958619_5920615255019476567_n

Ibu dan kakak muncul dalam lagu terbaharu Shiha.

Dalam perkembangan lain, Shiha berkata lagu raya bertajuk Jom Balik Raya turut menampilkan kakaknya iaitu Ieda Zikir dan ibunya dalam muzik video.

Shiha berkata lagu berkenaan bukan sahaja sesuai didengari ketika musim hari raya namun turut hari biasa kerana bermesejkan perhatin terhadap ibu bapa di kampung.

"Dalam muzik video kita selitkan mengenai Yayasan Perhatin yang selalu berkongsi rezeki. Jom Balik Raya ini sebenarnya bukan untuk haru raya sahaja baru pulang ke kampung tapi sentiasa perihatin dekat kampung.

"Emak saya seorang pemalu dan merendah diri tapi dia lebih kelakar berbanding saya. Tapi Alhamdulillah selepas berkongsi konsep emak saya terus setuju," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain