STESEN radio Suria FM kembali menyajikan seleksi program hiburan Aidilfitri menerusi kempen 'Melakar Pahala Warnai Raya pada tahun ini. Menurut Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, 48, kempen yang dijalankan tahun ini adalah bagi meraikan kemenangan selepas menyempurnakan ibadah puasa. "Alhamdulillah, kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan tahun ini. DJ Lin (tengah) selaku Pengurus Besar Suria FM. "Jadi, marilah kita warnai raya yang bakal tiba dengan penuh kesyukuran sambil berhibur bersama program menarik yang kami sajikan buat para pendengar," katanya kepada mStar. Antara program istimewa yang akan disiarkan termasuk Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Suria Petang Raya, Lagu raya Suria 2023 serta video muzik 'Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu', disebalik tabir (BTS) dan drama raya Suria yang berjudul Raya Akhir yang kini telah trending di YouTube. ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Ribuan peminat hadir 'Konsert Jelajah Suria' di Kuantan, datang awal semata-mata mahu duduk depan pentas ARTIKEL BERKAITAN: Orang Kedah memang sporting! Penyanyi popular meriahkan konsert 'Jelajah Suria 2023' Program raya Suria boleh didengarkan menerusi frekuensi Suria FM juga di platform digital Suria termasuk laman web www.suria.my, saluran YouTube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia. Dalam pada itu, DJ Lin mengharapkan drama raya Suria FM tahun ini bakal sekali lagi menjadi trending di media sosial selepas kejayaan drama pendek Dodol Tak Bergula pada Aidilfitri tahun lalu. "Alhamdulillah, tahun lalu drama raya Suria FM menjadi trending kedua di YouTube dengan jumlah tontonan 1.7 juta. "InsyaAllah kami mengharapkan agar drama Raya Akhir tahun ini menjadi trending dan mungkin berada di tempat pertama," ujarnya. Sementara itu, penyampai radio yang lain iaitu Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 37, menceritakan jalan cerita drama raya tahun ini diambil daripada kisah benar yang berlaku kepada anak murid isterinya yang juga merupakan seorang guru. Ajak berkongsi idea dalam drama Raya Akhir. "Dia mempunyai seorang murid yang sangat aktif dalam bidang sukan. Tetapi sewaktu pelajar itu di tingkatan tiga dia menghidap penyakit glaucoma. "Sebelum dia hilang penglihatan, dia ada membuat perkiraan langkah di setiap kawasan yang sering dilaluinya. Bila saya dengar isteri saya cerita, saya dapat merasakan dia seorang yang kuat dan daripada situ saya berkongsi idea ini kepada team kami," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!