suria

Jamal Abdillah timang anak keenam, beri nama Rahil Laura Salsabila

Jamal berkongsi gambar anak keenamnya.

ISTERI kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Bayi perempuan yang merupakan anak keempat pasangan ini dilahirkan secara pembedahan dan lebih awal berbanding tarikh jangkaan bersalin.

“Alhamdulillah isteri telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang baharu. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru,” katanya kepada mStar.

jamal 2

Jamal dan isteri teruja mahu sambut Aidilfitri.

Tambah Jamal, 63, bayi tersebut diberi nama Rahil Laura Salsabila dimana Salsabila membawa maksud air mata syurga.

Sementara itu bercakap tentang sambutan hari raya tidak lama lagi, kata Jamal kemeriahan pasti dirasai dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

“Anak yang sebelum ini masih berusia setahun. Sekarang dah tambah seorang lagi. Memang seronok nak sambut raya kali ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Jamal Abdillah sambut kelahiran anak di hari ulang tahun perkahwinan tak kesampaian, doktor saran isteri untuk tidak lagi hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah mengaku silap ajak peminat tolak DAP

Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain