suria

Sempoi ikut trend ‘Flower Challenge’ di TikTok... Qasrina Karim ditegur netizen, berhijab tapi nampak telinga

Qasrina ditegur tidak menjaga aurat dengan sempurna.

PELAKON Qasrina Karim menerima kritikan netizen apabila memuat naik video memperlihatkan dirinya tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi muat naik di aplikasi TikTok, Qasrina atau Qasrina Abdul Karim, 27, berkongsi video penampilan dirinya sebelum dan selepas wajah dimekap.

Menggunakan lagu latar berjudul Flower nyanyian Jisoo Blackpink, penampilan Qasrina memakai hijab namun memperlihatkan bahagian leher dan telinga mengundang rasa kurang senang netizen.

WhatsApp Image 2023-04-14 at 12.23.51 PM

Qasrina menerima teguran daripada peminat.

Rata-rata peminat memberikan teguran dan meminta pelakon drama Puteri Legenda Qaseh itu supaya lebih peka dalam menutup aurat.

"Aurat wanita seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Qasrina Karim cantik orangnya tapi kurang dapat perhatian - "Biar bakat diperkatakan bukan kontroversi"

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suka dibandingkan

"Tutup telinga dan leher Kak Qasrina.

"Dah mula dah nampak telinga, nampak rambut.

"Manusia sedang diuji, semoga ke arah yang lebih baik lagi," komen netizen.

Sebelum ini, Qasrina berkata dia enggan mencipta kontroversi semata-mata untuk mendapatkan publisiti menaikkan namanya dalam industri hiburan.

Aktres ini juga sering menerima pujian kerana wajahnya dikatakan mirip dengan pelakon Mira Filzah.

Antara filem dan drama popular yang dibintangi oleh Qasrina termasuk Kongsi Raya, Siapa Tutup Lampu?, Salam Squad 3.0 dan Imam Instant Ustazah Scammer.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain