suria

Seronok Neelofa dapat hadiah raya sebentuk cincin daripada suami, doa murah rezeki bahagiakan isteri

Neelofa sentiasa doakan suaminya murah rezeki.

PENGACARA dan usahawan Neelofa teruja apabila menerima hadiah berupa sebentuk cincin daripada suaminya iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Bersyukur dengan pemberian tersebut, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, turut menitipkan doa agar suaminya itu dimurahkan rezeki kerana sentiasa membahagiakan isteri.

"Terima kasih Haris, moga mencurah rezeki awak asbab cuba bahagiakan isteri," katanya.

neelofa1 - 1

Perkongsian yang dibuat menerusi Instastory.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam muat naik, dia juga berkongsi foto cincin dan perbualannya dengan pendakwah muda berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan isteri urus keluarga ketika hamil buat Haris insaf, Neelofa hargai tugas seorang suri rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kandungan masuk trimester kedua, Neelofa sudah buat persiapan sambut orang baharu

Sebelum itu, Haris bertanyakan hadiah hari raya yang diingini, namun pengacara itu tidak memberi jawapan.

Beberapa hari kemudian, Neelofa menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan sedang berada di sebuah kedai cincin.

Sebelum ini, Neelofa menerima seutas gelang tangan daripada Harris sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada Februari lalu.

Kata Neelofa, dia tersentuh dengan sikap Haris yang cuba membahagiakan isteri meskipun dia tidak pernah meminta sebarang kejutan atau pun hadiah.

"Saya tidak pernah meminta itu dan ini tetapi MasyaAllah, selalu cuba untuk membahagiakan isterinya," katanya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain