suria

Lakonan dipuji tapi ramai tak tahu Mierul Aiman hampir tolak watak Ronaldo dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

Mierul gembira watak Ronaldo diterima peminat.

PELAKON Mierul Aiman hampir sahaja menolak peranan sebagai Ronaldo menerusi drama Imam Instant Ustazah Scammer kerana bimbang tidak dapat melakonkan watak komedi itu dengan baik.

Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, pada mulanya dia tidak mempunyai keyakinan kerana merasakan dirinya tidak layak membawa antara watak penting dalam drama berkenaan.

"Mula-mula saya dapat tawaran untuk watak Ronaldo, saya masih berbelah bahagi sama ada saya berani untuk ambil cabaran atau pun saya rasa saya tidak layak membawakan watak itu kerana ia antara watak penting dalam drama tersebut.

mierul2 - 1

Mierul gementar membawakan watak komedi.

"Jadi, sebelum saya terima tawaran, saya berfikir panjang kalau saya ambil adakah saya akan menjatuhkan maruah drama ini, adakah saya punya kekuatan untuk bawa watak Ronaldo ini," katanya kepada mStar.

Bagi Mierul, watak Ronaldo adalah sangat kompleks daripada segi permainan komedinya dan dia hampir sahaja melepaskan tawaran untuk berlakon drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinonim dengan 'Projek: High Council', Mierul Aiman beralih watak komedi

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai pelitup muka dan topi pun orang kenal, Mierul Aiman nikmati nama tengah popular

Pun begitu, selepas mendapatkan nasihat dan semangat daripada keluarga dan rakan-rakan, Mierul kembali yakin untuk menyahut cabaran menggalas tanggungjawab yang diberi.

"Saya cakap dengan pengurus saya, rasanya saya belum ada kemampuan dan keupayaan untuk bermain sebagai watak utama komedi dalam sebuah drama.

Kalau saya ambil adakah saya akan menjatuhkan maruah drama ini, adakah saya punya kekuatan untuk bawa watak Ronaldo ini.

MIERUL AIMAN

PELAKON

"Namun, selepas tanya pendapat keluarga dan rakan-rakan artis yang lain, mereka semua beri semangat mengatakan saya boleh buat.

"Saya rasa sokongan moral itu yang membuatkan saya lebih yakin membawa watak utama dalam drama tersebut," ujarnya.

Mierul bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan gembira apabila percaturannya membawakan watak Ronaldo diterima ramai.

Kata Mierul, dia tidak mahu membandingkan watak Ronaldo dengan watak Fakhri yang dibawa dalam drama popular Projek: High Council kerana menganggap setiap peranan yang dibawa mempunyai kesukaran dan cabaran tersendiri.

"Apabila watak Ronaldo juga diterima peminat, saya bersyukur kerana Allah meletakkan saya dalam perjalanan ini untuk saya explore bagaimana seorang pelakon mencari karakter-karakter yang boleh mereka mainkan.

mierul1 - 1

Gandingan bersama pelakon Mira Filzah.

"Alhamdulillah, saya gembira bila peminat sekali lagi dapat menerima lakonan saya dan pada akhirnya, ia bukanlah kerana saya tetapi peminat meminati karakter-karakter yang saya bawa.

"Saya tidak pernah membandingkan watak Ronaldo dan Fakhri di dalam drama Projek: High Council. Bagi saya, kedua-dua watak ini dalam fenomenanya tersendiri," jelasnya.

Selain Mierul, drama Imam Instant Ustazah Scammer turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Hun Haqeem, Mira Filzah dan Qasrina Karim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain