suria

Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada”

Zizan belum fikir untuk serius bercinta.

MENGINJAK usia 39 tahun pada Sabtu ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui ada masa dia berasakan soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan dirinya.

Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, kegagalan cinta sebelum ini membuatkan dia bimbang untuk kembali menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.

"Sekarang ini saya lebih tenang kalau bercakap soal hubungan. Memang ada niat nak kahwin tapi jodoh belum jumpa. Kalau ada berjumpa dengan mana-mana wanita, saya rasa lebih senang jadi kawan baik.

zizan razak 2

Zizan kini fokus kepada kerjaya baharu sebagai pengarah dan penerbit.

"Apabila sudah menjadi kawan baik memang tak fikir ke arah bercinta, ada juga datang ketika saya sibuk bekerja, jadi tak fokus ke arah perkahwinan.

"Mungkin ada juga kerisauan daripada kisah lampau. Oleh itu saya ambil jalan abaikan dahulu soal bercinta," katanya kepada mStar.

Zizan ditemui ketika sidang media dan majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon Polis Evo 3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak cabar diri jadi pengarah, mahu kembangkan bakat sebagai anak seni... “Saya tak janji bulan bintang”

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak minta maaf kepada Khai Bahar, terkejut gambar dengan Hawa Rizwana kecoh satu Malaysia

Tambah Zizan, jika sebelum ini dia juga terlibat dalam bidang perniagaan, namun tahun ini fokus utama adalah kerjaya terhadap bidang seni.

Dia yang mula duduk di kerusi pengarah dan penerbit mengakui seronok apabila menerima lebih banyak tawaran dan tidak sabar untuk berkongsi buah tangan terbaharunya berjudul Heist Difitri.

"Sekarang fokus saya memang kembali ke dunia hiburan. Saya mahu jadi pengarah dan juga penerbit. Ini kerjaya baru bagi saya. Meskipun agak serabut pada awalnya namun jika diberi peluang saya akan buat lagi.

Mungkin ada juga kerisauan dari kisah lampau. Oleh itu saya ambil jalan abaikan dahulu dalam soal bercinta

ZIZAN RAZAK

PELAKON/PELAWAK

"Bercakap soal masa depan dalam kerjaya lakonan pula, saya harap penonton Malaysia dapat menerima pelakon berusia seperti Hollywood dan Bollywood. Mereka di sana semakin berusia semakin hebat," ujarnya.

Bercakap tentang Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan pada 25 Mei depan, Zizan berkata dia tidak mengalami sebarang masalah besar ketika sesi penggambaran meskipun bekerja dengan pengarah baharu iaitu Syafiq Yusof.

zizan razak 1

Zizan dan Shaheizy Sam sekali lagi digandingkan dalam Polis Evo 3.

"Kalau sudah dirancang dengan baik semuanya akan berjalan lancar. Walaupun pengarah berbeza dengan dua filem sebelum ini, dia (Syafiq) kena faham setiap perkembangan dalam watak.

"Kami banyak berbincang kerana saya tahu watak Sani yang dibawakan sebelum ini. Dalam masa sama saya juga banyak menyumbang idea dari segi jenaka supaya penonton dapat bezakan antara Zizan dan Sani," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain