BUAT pertama kali berjumpa selepas hampir enam tahun, penerbit David Teo akui terkejut apabila disapa oleh pelakon Mat Over dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Kata David, 59, dia juga terbuka hati untuk memaafkan pelakon itu malah sudah lama melupakan insiden ditampar Mat Over yang berlaku pada Mei 2017. “Saya datang ke majlis itu dan melihat dia membuat persembahan di atas pentas. Sebenarnya saya sendiri sudah lupa apa yang berlaku sebelum ini. David juga anggap kemuliaan Ramadan membawa berkat kemaafan buat mereka. “Tiba-tiba dia datang dan memohon maaf. Mestilah saya menyambut baik maaf tersebut dan anggap semuanya sudah selesai. “Saya pun dah lama maafkan dia dan tidak pernah menyimpan dendam,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Tambah David dia juga faham dengan tindakan luar kawalan Mat Over ketika itu yang mungkin disebabkan oleh tekanan serta terbawa-bawa emosi. ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Mat Over Tampar David Teo Depan Najib ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Biadab Dengan PM" - David Teo Baginya sesi pertemuan dan bermaafan antara mereka itu sebagai satu tanda tiada lagi persengketaan sekaligus menjernihkan keadaan. “Saya faham mungkin ketika itu emosinya terganggu. Biasalah bila orang naik angin mungkin boleh bertindak luar kawalan. “Sekarang dia pun dah mengaku silap. Rasanya lebih tenang selepas kami bermaafan. Jika ada berlaku perkara begini eloklah bermaaf dan tidak perlu simpan lama,” ujarnya. Mestilah saya menyambut baik maaf tersebut dan anggap semuanya sudah selesai DAVID TEO PENERBIT Sementara itu dalam temubual bersama Harian Metro, Mat Over atau Sulaiman Yassin turut mengakui kesilapan yang dilakukan sebelum ini. "Mungkin ketika kejadian itu, saya hilang sekejap kewarasan di dalam pemikiran saya. Tak ada maknanya kita sesama manusia ini, berdendam walaupun kita berbeza agama. Pada hakikatnya, kita adalah hamba Allah," jelasnya. Kejadian Mat Over menampar David berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 yang berlangsung di Putrajaya pada Mei 2017. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!