suria

Nora Danish fokus keluarga, buka produksi sendiri kerana tak mahu tinggalkan dunia seni

Nora buka syarikat produksi sendiri untuk terus berkarya dalam bidang seni.

PELAKON Nora Danish memberitahu dia banyak menolak tawaran lakonan selepas melahirkan anak bongsu sejak tahun 2018.

Kata Nora, 41, berkata dia kini agak selektif memilih karya dan tidak mahu menerima watak yang berat sehingga menjejaskan kehidupan hariannya di rumah.

"Saya sekarang ini lebih fokus kepada anak-anak dan keluarga lebih-lebih lagi anak bongsu saya rapat dengan saya.

"Saya tidak risau sekiranya tiada tawaran berlakon kerana ketika ini saya agak memilih dengan situasi saya, sekali gus suami turut menyarankan saya agar tidak mengambil watak yang berat," katanya kepada mStar.

338554540_1600433823770889_7681968728172653639_n

Nora perlahankan karier selepas bersalin anak bongsu.

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Iftar dan Malam Tayangan Perdana filem Sumpahan Malam Raya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Disebabkan itu, Nora memberitahu dia membuka syarikat produksinya sendiri untuk memastikan minatnya dalam dunia lakonan tetap diteruskan.

Kata Nora, syarikat produksinya itu nanti membuka ruang untuk dia melakonkan pelbagai watak yang diinginkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ‘birthday’ anak bersama, netizen puji Nora Danish masih jaga hubungan baik dengan bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ramping betul pinggang Nora Danish! Netizen kata lain macam punya lentik, dakwa foto hasil ‘edit’

"Selepas ini saya akan ada syarikat produksi sendiri dan boleh saya merealisasikan watak-watak berat atau mungkin watak yang tak pernah saya buat dalam mana-mana naskhah sebelum ini.

"Saya dah berlakon selama 20 tahun, jadi untuk meninggalkan sesuatu yang diri sendiri minat itu memang susah.

"Dengan adanya produksi sendiri saya boleh terus berjaya selain turut berkuasa memilih pelakon dan jalan cerita yang saya inginkan. Nama production saya ND Production dan kami telah bermula sejak Disember tahun lalu," kongsinya.

Jadi dengan ada rumah produksi sendiri, ini adalah pilihan yang tepat untuk saya teruskan minat saya.

NORA DANISH

PELAKON

Nora bagaimanapun menyangkal dakwaan ingin membalas dendam dalam berkarya kerana sebelum ini terikat dengan syarikat produksi lain.

"Saya bukan nak balas dendam sebab tak dapat buat dekat mana-mana filem atau drama, tetapi apa yang saya boleh katakan lakonan sudah sebati dalam hidup saya.

"Jadi dengan ada rumah produksi sendiri, ini adalah pilihan yang tepat untuk saya teruskan minat saya," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Nora yang memegang watak Misha dalam filem Sumpahan Malam Raya ini mengakui seronok menjiwai watak berkenaan.

330978927_733363714835429_3468224397545158948_n

Nora Danish seronok berlakon dalam Sumpahan Malam Raya.

Kata Nora, walaupun bergenre komedi seram namun dia tidak perlu bersusah payah untuk menjadi kelakar kerana filem berkenaan turut dibintangi pelawak seperti Atu Zero dan Danial Zaini.

"Filem ini sangat simple, komedi yang ringan. Balik rumah pun tidak stress kalau pilih watak-watak begini.

"Saya tak perlu kelakarkan diri saya, sebab dalam filem ini ada Atu dan Danial, mereka banyak membantu saya menjayakan watak kelakar dalam filem ini," jelasnya.

Selain Nora, Atu dan Daniel, Sumpahan Malam Raya turut dibintangi Vanidah Imran, Reen Rahim, Datuk Yusry Abd Halim, Ropie, Saiful Apek, Yassin Yahya, Rita Rudaini dan ramai lagi.

Sumpahan Malam Raya bakal ditayangkan di pawagam terpilih pada 22 April depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain