suria

Ruminah Sidek tegas bab bayaran, kalau ada cuba aniaya terus mengadu pada Adlin Aman Ramli

Mak Mah tak pernah ditawarkan bayaran rendah.

PELAKON veteran Ruminah Sidek mengamalkan sikap tegas berhubung bayaran ditawarkan kepadanya sebelum membintangi sesebuah drama atau pun filem.

Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah, 76, berkata, sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal dia tidak akan berdiam diri sebaliknya akan menyuarkan rasa tidak puas hati kepada pihak produksi.

"Kalau bayaran tak betul kita kena cakap. RM50 boleh buat apa dan RM100 boleh dapat apa?

"Kita kerja pun mahukan ganjaran, ini kalau diberi bayaran tak setimpal... buat isi minyak pergi balik ke lokasi penggambaran dan beli semangkuk cendol dah habis.

Mak Mah tak pernah ditawarkan bayaran rendah.

Mak Mah tegas terhadap bayaran lakonan.

"Kalau kita buat kerja tak halal lagi teruk. Jadi sebaik-baiknya terus luahkan rasa tak puas hati dan bukannya diam dan terima sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ruminah berkata, sikap tegasnya dalam soal itu membuatkan dia belum pernah berdepan dengan situasi dibayar murah.

Malah katanya, sekiranya perkara itu berlaku, dia akan mengadu kepada anaknya yang juga aktor Adlin Aman Ramli yang terkenal dengan sikap tegas.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Seorang Pelakon, Ruminah Sidek Kini Penoreh Getah

ARTIKEL BERKAITAN: Ruminah Sidek Selamat Bergelar Isteri Peneroka Felda

"Kalau tak puas hati saya mengadu pada anak. Saya tidak akan ikut sahaja apatah lagi ada yang sentiasa ingatkan agar jangan mudah tertipu.

"Dia (Adlin) memang tak mahu ada orang lain buli saya. Kalau ada apa-apa berlaku termasuk isu bayaran, saya memang akan beritahu padanya," jelasnya.

Sementara itu, Ruminah berkata, dia juga pernah menasihati beberapa pelakon seangkatan dengannya agar tidak menerima tawaran berlakon sekiranya bayaran diberikan tidak setimpal dengan usaha mereka.

Kita tak nak pelakon lain jadi mangsa, mereka (pihak penerbit) dapat puluhan ribu.

RUMINAH SIDEK

PELAKON

Malah dia turut rakan artis menggunakan namanya kepada pihak produksi sekiranya berlaku masalah tersebut.

"Saya selalu pesan, busuk-busuk kena bagi RM700, kalau kurang daripada itu, tak payah ambil. Cakap dekat orang itu, Ruminah Sidek pesan macam itu.

"Kita tak nak pelakon lain jadi mangsa, mereka (pihak penerbit) dapat puluhan ribu. Ini bagi kita sikit, saya marah betul kalau bab ini," ujarnya.

Malah dedahnya, dia bersama beberapa rakan artis veteran pernah berpakat mengenakan harga standard sesuai dengan usia dan pengalaman mereka dalam lakonan.

283057912_128504869832255_1992195347811619290_n

Mak Mah simpati nasib Wan Maimunah.

"Artis dulu-dulu berpakat juga, macam dengan Aziz Satar... dulu busuk-busuk pun harga paling minima kena bayar adalah RM700.

"Saya bukan suka-suka letak harga, tapi caj itu sesuai dan masuk akal," katanya.

Ruminah turut meluahkan rasa simpati apabila membaca laporan media mengatakan rakan pelakon iaitu Wan Maimunah menerima bayaran rendah RM200 dalam sebuah projek baru-baru ini.

Katanya, dia berharap dramatis ratu air mata itu lebih tegas dalam isu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain