suria

Anugerah Seni Cameronian BOH kembali selepas tiga tahun, lebih 1,000 produksi hantar penyertaan

Anugerah Seni Cameronian BOH bakal berlangsung Mei depan.

SELEPAS tiga tahun tidak dianjurkan, Anugerah Seni Cameronian BOH kembali dengan edisi kali ke-18 yang mengangkat tema A New Day, Setia Pada Senimu.

Tema itu dipilih sebagai menggambarkan cerminan sebenar semangat masyarakat dalam seni persembahan dari tahun 2020 hingga 2022 yang mana sepanjang tempoh itu ramai terpaksa berdepan dengan pandemik Covid-19.

Presiden Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, sejak tiga tahun yang lalu, pandemik bukan sahaja menguji penggiat seni di Malaysia malah kesannya turut dirasai di seluruh dunia.

Ini disebabkan sekatan perjalanan di antara negara yang menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi.

bohh - 1

Anugerah Seni Cameronian BOH membawa tema A New Day, Setia Pada Senimu.

"Beberapa tahun kebelakangan ini sangat sukar bagi penggiat seni untuk terus hidup tetap mereka berjaya melakukannya dan beralih kepada penstriman digital dan penyelesaian kreatif lain," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar.

Bagi edisi kali ini, Low berkata, sebanyak 1,010 produksi menyerahkan penyertaaan mereka untuk diadili oleh barisan juri profesional termasuk Dr Andrew Filmer, Dominick Luk dan Janet Kan.

Selain memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian, Anugerah Seni Cameronian BOH turut mengangkat krew belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Spilt Gravy' Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: 'Suamiku Lelaki Pendosa' menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula 'Pasangan Drama Terbaik' Anugerah Drama Sangat 2023

Ini termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi, Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.

Pada 2020, anugerah berkenaan buat pertama kalinya diadakan secara atas talian bagi meraikan pencapaian dan mengiktiraf pemenang 2019.

Menerusi acara itu, BOH Plantations telah membantu 15 buat syarikat produksi yang menjadi pemenang dengan menyumbangkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Berikutan pandemik dan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), Geran BOH Cameronian bernilai RM200,000 diberikan kepada 20 buat syarikat seni persembahan dalam usaha merancakkan kembali aktiviti seni di Malaysia.

Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 dijadualkan berlangsung pada 14 Mei ini di PJPAC, 1 Utama Shopping Centre pada pukul 8 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain