suria

Bayaran persembahan pentas tak setimpal, Azan Scan lebih rela berniaga biskut di bazar Aidilfitri

Azan tidak kisah hidup berniaga.

VOKALIS kumpulan Scan atau Azan mendedahkan dia lebih sanggup berniaga sendiri daripada menerima tawaran menyanyi dengan harga tidak masuk akal.

Azan atau Noorhazan Rashid, 51, berkata, kumpulan Scan masih menerima undangan persembahan pentas namun disebabkan bayaran ditawarkan tidak setimpal dia lebih senang untuk memberi fokus kepada perniagaan.

"Nak kata saya sudah tidak menyanyi lagi, tidak juga. Sebenarnya saya lihat pada keadaan sekiranya orang panggil buat show, kita pergi, tapi kalau tidak, saya okay saya berniaga sendiri.

"Banyak juga undangan persembahan nyanyian yang Scan terima tetapi kadang-kadang penatlah dengan harga merepek yang ditawarkan.

azan3 - 1

Azan kecewa dengan tawaran bayaran persembahan yang tidak masuk akal.

"Bukan nak demand, tapi kalau merepek sangat, saya rasa baik meniaga saja tak ada masalah pun," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azan menegaskan dia bukan bersikap angkuh dengan menetapkan bayaran yang tinggi, tetapi hanya mahu menjaga harga pasaran khusus buat artis-artis lama supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan.

Kata Azan, mereka pernah ditawarkan bayaran bawah RM2,000 untuk satu kumpulan bagi membuat persembahan di sebuah majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azan Scan tak setuju penyanyi masih aktif sertai Gegar Vaganza... "Ini platform angkat kembali artis yang menyepi"

ARTIKEL BERKAITAN: "Terlampau ramai tiada bakat diangkat jadi artis" - Azan Scan tegur sikap sombong penyanyi BBNU, bangga 'follower' berjuta

"Bayangkan RM2,000 nak bagi seorang berapa? Munasabah ke tak munasabah? Tapi saya tahu memang ada artis yang ambil tapi kami tak nak komen apa-apa.

"Disebabkan itu saya mahu menjaga harga pasaran artis kerana kasihan dengan kawan-kawan yang lain. Nanti penganjur ambil kesempatan bila semua artis bersetuju untuk dibayar rendah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, sepanjang Ramadan ini Azan berniaga di 'Bazar Aidilfitri Ampang' yang bertempat di Lorong Ampang Mampan, Ampang, Kuala Lumpur.

Banyak juga undangan persembahan nyanyian yang saya tetapi kadang-kadang penatlah dengan harga merepek yang mereka tawarkan.

AZAN SCAN

PENYANYI

Azan sebelum ini berkata dia sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.

Antara produk makanan yang dijual termasuk kapit roll, kerepek dan aneka biskut.

"Saya sudah berniaga di sini sejak Ramadan pertama sehinggalah malam raya nanti. Alhamdulillah, jualan yang kami perolehi memuaskan.

azan1 - 1

Azan berniaga di Bazar Aidilfitri sehingga malam raya.

"Kalau cakap fasal jualan, saya rasa ramai peniaga yang merungut kerana kuasa pembeli semakin berkurangan. Nak berniaga ni kita kena tawakal.

"Tapi apa-apa pun saya bersyukur dapat berpeluang berniaga di Bazar Aidilfitri ini," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Angkatan Malaysia Cemerlang yang juga penganjur 'Bazar Aidilfitri Ampang', Datuk Al Amin Azwar berkata, pihaknya mahu menjadikan Ampang yang terletak di tengah pusat bandar itu sebagai tapak perniagaan tumpuan ramai seperti Danau Kota atau Jalan Masjid India.

azan2 - 1

Sijil penghargaan diterima daripada Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

"Atas bantuan kawan-kawan dan persatuan artis yang turut membuat marketing di sosial media masing-masing, Insya Allah kawasan ini tampak 'hidup'.

"Sebelum ini pun tempat ini kosong tapi kita dah buat lighting dan hias tempat ini. Yang selama ini bila orang lalu kawasan ini nampak gelap saja. Sekarang ini bila dihias ia nampak unik dan ada daya tarikan tersendiri.

Antara artis-artis yang menyertai ‘Bazar Aidilfitri Ampang’ itu termasuk Keena Mentor, Imuda, Abon, Radhi OAG, Fara Waheeda dan Azan Scan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain