PELAKON Hun Haqeem berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram demi menjayakan peranan dalam drama bersiri adaptasi dari Korea Selatan berjudul W: Two Worlds. Hun atau Haqeem Hermy, 26, berkata, dia mengambil masa tiga bulan untuk mencapai sasaran itu dengan menjaga pemakanan selain bersenam secara kerap di gimnasium. Pelakon ini memberitahu berat badannya sebelum ini 80 kilogram dan kini mencapai angka 70 kilogram seperti dimahukan. "Saya diminta produksi untuk turunkan berat badan bagi penggambaran drama bersiri W: Two Worlds. Hun aktif di gim untuk turunkan berat badan. "Sejak tiga bulan lalu saya mula disiplinkan diri dengan menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium apabila mempunyai masa terluang. "Kalau tak sempat ke gimnasium, saya akan pastikan banyak berjalan dan kekal aktif seperti parkir kereta lebih jauh agar saya dapat berjalan," katanya kepada mStar. Hun berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gimnasium seni mempertahankan diri milik pelakon Andy Teh iaitu Elitez Mixed Martial Artis yang terletak di Shah Alam pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem kongsi tradisi raya di Sarawak, buat open house kumpul sanak saudara ARTIKEL BERKAITAN: Dingin dengan keluarga sendiri, perasaan jadi kosong... Hun Haqeem dedah setahun jumpa pakar psikiatri Dalam pada itu, Hun memberitahu dia akur dengan permintaan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim yang ingin dia menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan wataknya. Meskipun ia cabaran sukar namun Hun berkata, dia mengambil semangat idolanya iaitu pelakon Christian Bale yang turut melakukan perkara sama untuk filem lakonannya. "Saya buat kerana tuntutan kerja, lagipun idola saya Christian Bale pun boleh kenapa tidak saya. Saya diminta produksi untuk turunkan berat badan bagi penggambaran drama bersiri W: Two Worlds. HUN HAQEEM PELAKON "Jadi saya pun nak cuba juga, saya nak berikan yang terbaik untuk watak itu nanti," katanya. Anak jati Kuching, Sarawak ini memberitahu proses menurunkan berat badan tidak sesukar dibayangkan memandangkan dia mempunyai pengalaman melakukan perkara sama sebelum ini. Dedah Hun, berat badannya sebelum ini mencecah 102 kilogram dan pernah melalui cabaran lebih perit untuk mendapat berat badan ideal. Hun seronok dengan proses penurunan berat badan. "Untuk watak ini kali pertama saya turunkan berat badan, tapi kalau dalam kehidupan ini merupakan kali kedua sebab sebelum ini saya pernah 102kg. "Badan saya pun tak terkejut sangat untuk kali kedua ini dan saya pun takkan buat kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Tapi saya seronok lalui perjalanan ini," katanya lagi. W: The Worlds adalah sebuah drama fantasi percintaan yang pernah menjadi fenomena pada 2016 dan akan ditayangkan meneerusi platform penstriman Viu. Hun bakal bergandingan dengan aktres Daiyan Trisha menerusi projek tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!