suria

Janji tidak ganggu lagi, kakak peminat fanatik hubungi ibu Aiman Tino... Tak sangka adik OKU ugut bunuh diri

Ibu Aiman terima permohonan maaf dari kakak peminat OKU.

KAKAK kepada peminat fanatik Aiman Tino yang membuat ugutan bunuh diri tampil membuat pemohonan maaf kepada ibu penyanyi berkenaan iaitu Hazelina Mat Jalil pada petang Rabu.

Kata Hazelina, 47, kakak gadis berkenaan ada menghubunginya dan memberitahu tidak menyangka adiknya itu terfikir untuk melakukan tindakan sedemikian.

"Kakak dia ada direct message (DM) saya di Instagram untuk pemohonan maaf. Dia kata dia minta maaf bagi pihak adik dia. Adik dia Orang Kurang Upaya (OKU). Saya tak pasti OKU apa tapi mungkin dia lembam.

Ibu Aiman Tino terima permohonan maaf dari kakak peminat.

"Dia akan pastikan adik dia tidak buat lagi, dia pun tak sangka adik dia akan buat macam ini. Kakak dia kata ada kawan yang beritahu memandangkan dia tak aktif dalam Instagram," katanya kepada mStar.

Bagi memastikan perkara ini tidak terjadi lagi, wanita itu berkata kedua ibu bapanya akan memantau aktiviti adiknya itu.

"Mereka tidak duduk sekali, tapi dia ada beritahu keluarga dia akan pantau adik dia itu. Sebab dia ada telefon bimbit sendiri. Kadang dia bergilir-gilir guna telefon bimbit ibu bapa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nasihat Aiman Tino banyak bersabar dalam rumah tangga, ibu pula gembira terima menantu perempuan pertama

Hazelina bagaimanapun berkata dia tiada perancangan untuk menarik laporan polis yang telah dibuat memandangkan tindakan itu dilakukan sebagai satu persediaan awal buat Aiman dan keluarga.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana kes ini dapat diselesaikan segera.

"Saya buat laporan polis itu sebagai satu persediaan sahaja, bukan nak tangkap dia pun. Saya takut dia bunuh diri jadi saya tak rancang untuk tarik laporan berkenaan.

Laporan polis kekal sebagai langkah berjaga-jaga.

"Tapi saya anggap kes ini telah selesai, itu sahaja," jelasnya.

Sebelum ini, Hazelina tampil membuat laporan polis selepas seorang peminat anaknya itu membuat ugutan bunuh diri selain menganggu Aiman dan juga adik-beradik penyanyi tersebut.

Katanya, laporan tersebut dibuat kerana enggan nama Aiman dikaitkan jika wanita berkenaan melakukan tindakan di luar kawalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain