suria

Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis

Ibu Aiman tampil membuat laporan polis sebagai pelindungan terhadap anaknya.

IBU kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil, 47, tampil membuat laporan polis selepas seorang peminat anaknya itu membuat ugutan bunuh diri.

Kata Hazelina, 47, dia membuat laporan tersebut kerana enggan nama Aiman dikaitkan jika wanita berkenaan melakukan tindakan di luar kawalan itu.

"Wanita itu ugut nak bunuh diri sekiranya Aiman tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri kedua.

aiman tino 2

Wanita berkenaan berniat mahu bunuh diri.

"Jadi sebab itu kami nak buat report polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap wanita tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.

Hazelina membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu.

Sebelum itu, Hazelina memuat naik paparan perbualan wanita yang dikenali sebagai Syakila di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nasihat Aiman Tino banyak bersabar dalam rumah tangga, ibu pula gembira terima menantu perempuan pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan darah manis, hubungan keluarga kucar-kacir sebab mulut orang... Aiman Tino solat istikarah tetapkan hati jadi suami Che Syarah Haifa

Bukan hanya menghantar mesej kepada Aiman, peminat asal Kelantan itu turut mengganggu isteri dan adik-beradik penyanyi tersebut.

"Apa yang dia buat agak melampau sampai ganggu isteri dan adik-beradik Aiman. Malah dia pun hantar mesej di Instagram kelab peminat Aiman.

"Sebelum ini saya pernah berikan nombor telefon Aiman kepadanya, kemudian dia sebarkan kepada orang lain," ujarnya.

aiman tino 3

Isteri Aiman juga diganggu wanita berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak mengenali wanita tersebut secara peribadi namun pernah berjumpa dalam satu acara awal tahun lalu.

"Saya pun tak kenal sangat dia. Cuma dapat tahu dia peminat fanatik Aiman.

"Saya harap kepada sesiapa yang kenal wanita itu memaklumkan kepada kami," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain