BEKAS isteri Jiggy Masin iaitu pelakon Elly Ariffin mengucapkan tahniah kepada pelawak berkenaan atas perkahwinannya dengan atlet penerjun negara, Dhabitah Sabri pada Jumaat lalu. Masih lagi berkawan baik, Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, turut menitip doa agar pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata dengan kadar segera. Malah turut meningatkan bahawa kesabaran adalah kunci rumah tangga bahagia. Ucapan tahniah Elly buat bekas suami. "Tahniah buat Jiggy dan Dhabitah Sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay. "Sentiasa beringat, kunci rumah tangga adalah kesabaran," katanya. Elly berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instastory miliknya yang turut memaparkan gambar Jiggy dan Dhabitah. ARTIKEL BERKAITAN: Jiggy tamat zaman duda, sudah nikah Dhabitah Sabri Jumaat lalu ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Wanita dakwa jadi mangsa mesej dan video lucah Jiggy (Masin) - “Saya bukan selebriti terkenal pun untuk dijatuhkan” Pada 29 April lalu, Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri telah selamat diijabkabulkan bersama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz. Pasangan berkenaan dilaporkan mengenal hati budi lebih kurang setahun lebih sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga bersama Elly Ariffin pada 9 September 2016 dan berpisah pada Januari 2020. Hasil perkahwinan tersebut pasangan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!